Taufan Rammasun (atau Taufan Glenda di Filipina) membadai pulau, pantai di negara-negara Micronesia seperti Luzon, Metro Manila, Lembah Cagayan, Bicol, Bataan, Zambales di negara Filipina dan Hainan di Republik Rakyat China pada Julai 2014. Rammasun bermaksud 'hentaman Tuhan' dalam bahasa Siam. Taufan ini merupakan taufan Pasifik yang ke-3 musim ini selepas Taufan Ling Ling dan Taufan Kajiki pada awal 2014.[1][2]

Taufan Rammasun (Glenda)
Taufan (skala JMA)
Taufan kategori 5 super (SSHWS)
Rammasun Jul 18 2014 0535Z.jpg
Rammasun pada keamatan puncak menghampiri Pulau Hainan
Terbentuk10 Julai 2014 (2014-07-10)
Reda20 Julai 2014 (2014-07-20)
Angin terkuat10 minit berterusan: 165 km/j (105 bpj)
1 minit berterusan: 260 km/j (160 bpj)
Tekanan terendah940 hPa (mbar); 27.76 inHg
Kematian114 orang
Kerosakan$968 juta (2014 USD)
Kawasan terjejas
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2014

Satelit NASA melaporkan taufan Rammasun menuju ke pulau Guam di Lautan Pasifik. Wilayah Amerika Syarikat itu menerima hujan antara 25-50 mm. Negara pulau Taiwan dan Hong Kong turut menerima kesan taufan Rammasun dan berhadapan dengan tanah runtuh.

FilipinaSunting

Pada 17 Julai 2014, Korban akibat Taufan Rammasun di Manila, Filipina meningkat kepada 38 orang dan 8 masih hilang. Taufan Rammasun merupakan taufan terkuat membadai negara ini pada tahun 2014. Taufan itu kini menuju ke China dari kepulauan Luzon selepas mengakibatkan banyak kemusnahan di Manila.

Pengarah Eksekutif Agensi Bencana Kebangsaan, Alexander Pama memaklumkan bahawa 7,000 buah rumah musnah selain mengakibatkan 530,000 penduduk menumpang di pusat pemindahan sementara.Kemusnahan sawah dan ladang jagung di wilayah Bicol mencecah AS$15 juta (RM47.66 juta).[3]

Penumpang di Pelabuhan Batangan menyaksikan 39 kargo turut menerima kesan. 841 penumpang di wilayah Bicol , Matnog, Tabaco, Bulan, Cataingan dan Pilar turut menerima tempias. 50 penerbangan terpaksa dibatalkan . Lebih 100,000 keluarga terpaksa dipindah ke pusat penempatan sementara.

 
Taufan Rammasun di Jose W. Diokno Boulevard.

ChinaSunting

Pada 18 Jun 2014, Taufan Rammasun mengganas dan mengorbankan 14 orang di China .Bencana itu melanda sebahagian Filipina dan mengorbankan 77 orang. Taufan ini yang terkuat melanda China dalam tempoh 41 tahun. Ia mula tiba di selatan kepulauan Hainan sebelum membadai tanah besar China, lapor Xinhua. [4]

MalaysiaSunting

Pada 16 Julai 2014, angin kencang dan laut bergelora berlaku kira-kira 632 kilometer ke Timur Laut Pitas, Kota Marudu, Sabah dan dijangka berterusan sepanjang hari. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan taufan Rammasun dikesan di Latitud 14.1 U dan Longitud 121.1 T dan bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam.

Selain itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam turut dijangka melanda kawasan perairan Sulu, Palawan dan Reef North serta Phuket. Angin kencang dan laut bergelora itu adalah bahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.[5]

RujukanSunting

  1. ^ "Tropical depression near Guam may bring rain, wind". Taipei Times. Dicapai pada 13 Julai 2014.
  2. ^ "Tropical Storm Rammasun Approaches Philippine Capital Manila". The Wall Street Journal. Dicapai pada 14 Julai 2014.
  3. ^ Korban Taufan Rammasun meningkat 38 orang
  4. ^ Taufan Rammasun landa selatan China, 14 terkorban
  5. ^ Amaran angin kencang ekoran Taufan Rammasun