Taufan Sandy ialah sebuah siklon tropika yang membinasakan sebahagian kawasan Karibia dan pantai timur Amerika Utara pada penghujung Oktober 2012. Ribut taufan yang kesepuluh dalam musim taufan Atlantik 2012 ini merupakan taufan Atlantik yang paling besar pernah direkodkan mengikut ukuran diameter, dengan tiupan angin yang sekuat 1,100 batu (1,800 km).[3][4] Sandy pada awalnya dianggarkan telah menyebabkan kemusnahan harta benda yang tidak kurang daripada $20 bilion (2012 USD).[5] Anggaran kerugian awal yang merangkumi gangguan perniagaan mencecah $50 bilion (2012 USD), oleh itu jika disahkan, ini menjadikan Taufan Sandy taufan Atlantik kedua paling mahal dalam sejarah,[6] hanya mengekori Taufan Katrina.

Taufan Sandy
Hurikan kategori 3 major (SSHWS/NWS)
Taufan Sandy menghampiri keamatan kemuncak pada 25 Oktober 2012
Terbentuk22 Oktober 2012[2]
Reda31 Oktober 2012[1]
(extratropical after October 29)
Angin terkuat1 minit berterusan: 115 bpj (185 km/j)
Tekanan terendah940 mbar (hPa); 27.76 inHg
Kematian185
KerosakanSekurang-kurangnya $52.4 bilion (2012 USD)
Kawasan terjejasAntillen Besar, Bahamas, Amerika Syarikat timur, Bermuda, Kanada timur
Sebahagian daripada Musim taufan Atlantik 2012

Sandy berkembang dari ombak tropika di Laut Karibia barat pada 22 Oktober, cepat menguat dan dinaik taraf kepada Ribut Tropika Sandy enam jam kemudian. Sandy perlahan-lahan menuju ke utara, ke arah Antilles Besar dan beransur-ansur bertambah kuat. Pada 24 Oktober, Sandy menjadi sebuah ribut taufan, melanda dekat Kingston, Jamaica, beberapa jam kemudian kembali ke Laut Karibia dan bertambah kuat menjadi taufan Kategori 2. Pada 25 Oktober, Sandy melanda Cuba, kemudian melemah menjadi Kategori 1. Pada awal pagi 26 Oktober, Sandy menuju ke arah Bahamas,[7] kemudian memperlihatkan sifat-sifat ribut yang tropika dan bukan tropika.[8] Pada 27 Oktober, Sandy sebentar melemah menjadi ribut tropika, kemudian menguat semula menjadi taufan Kategori 1. Pada awal 29 Oktober, Sandy membelok ke utara-barat daya dan menjadi siklon luar tropika, kemudian[9] melanda panta berdekatan Atlantic City, New Jersey.[10]

Di Jamaica, angin kencang menyebabkan 70% penduduk terputus bekalan elektrik, meniup bumbung-bumbung bangunan hingga cabut, membunuh seorang, dan menyebabkan kemusnahan bernilai $55.23 juta (2012 USD). Di Haiti, jalur-jalur luaran Sandy menyebabkan banjir yang meragut sekurang-kurangnya 52 nyawa, menimbulkan kekurangan bekalan makanan, dan memusnahkan tempat tinggal 200,000 orang. Di Republik Dominica, dua orang mati. Di Puerto Rico, seorang lelaki dihanyutkan oleh sungai yang melimpah. Di Cuba, seluruh kawasan pantai dibanjiri sementara kawasan pedalaman musnah akibat angin, memusnahkan 15,000 buah rumah, membunuh 11 orang, dan menyebabkan kerugian $2 bilion (2012 USD) akibat kerosakan harta. Di Bahamas, dua orang mati dan kerugian akibat kemusnahan harta dianggarkan bernilai $300 juta (2012 USD).

Di Amerika Syarikat, Taufan Sandy menjejaskan sekurang-kurangnya 24 buah negeri, dari Florida hingga Maine dan ke barat hingga Michigan dan Wisconsin, dengan kemusnahan paling teruk di New Jersey dan New York. Luruan ributnya melanda Bandaraya New York pada 29 Oktober, membanjiri jalan-jalanan, terowong dan landasan keretapi bawah tanah, serta memutuskan bekalan elektrik di dalam dan sekitar kota.[11][12] Bencana ini turut menimbulkan pelbagai kesan politik pada Amerika Syarikat, terutamanya pilihan raya umum yang dijadualkan pada 6 November 2012.

Rujukan sunting

  1. ^ "Remnants of Sandy Advisory Number 36". College Park, MD: Hydrometeorological Prediction Center. October 31, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-03. Dicapai pada 2012-11-01.
  2. ^ "Tropical Depression Eighteen Discussion Number 1". Miami, FL: National Hurricane Center. October 22, 2012. Dicapai pada 2012-11-01.
  3. ^ "Sandy Brings Hurricane-Force Gusts After New Jersey Landfall". Washington Post. Dicapai pada 2012-10-30.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Sandy Becomes Largest Atlantic Storm on Path to Northeast". San Francisco Chronicle. Dicapai pada 2012-10-30.
  5. ^ "Roger Pielke: Hurricanes and Human Choice". WSJ. Dicapai pada 2012-11-01.
  6. ^ "Eqecat sees Sandy insured losses up to $20 billion in U.S". Reuters. Dicapai pada 2012-11-01.
  7. ^ "Hurricane Sandy storms through Bahamas, Central Florida on alert". Central Florida News 13. Dicapai pada 2012-10-26.
  8. ^ "HURRICANE SANDY DISCUSSION NUMBER 19". Hurricane Sandy Discussion Number 19. Miami, FL: National Hurricane Center. October 26, 2012. Dicapai pada 2012-11-01.
  9. ^ "Post-Tropical Cyclone SANDY Update Statement". National Hurricane Center. Dicapai pada 2012-10-29.
  10. ^ "NOAA NHC Update". National Hurricane Center. 2012-10-29. Dicapai pada 2012-10-30.
  11. ^ "Superstorm Sandy causes at least 9 U.S. deaths as it slams East Coast", CNN
  12. ^ "Eli Manning deals with Superstorm Sandy flooding". National Football League. 2012-10-31. Dicapai pada 2012-10-31.