Taufan Sidr telah melanda Teluk Benggala terutama pantai Bangladesh sejak 15 November 2007. Kekuatan angin 215 km sejam iaitu taufan aras 4 pada Skala Saffir-Simpson. Sidr merupakan istilah bahasa Arab iaitu sejenis pokok dari keluarga Ziziphus.

Sidr
Ribut siklon yang terlalu teruk (skala IMD)
Siklon tropika kategori 5 (SSHWS)
Sidr di Teluk Bengal
TerbentukNovember 11, 2007
RedaNovember 16, 2007
Angin terkuat3 minit berterusan: 215 km/j (130 bpj)
1 minit berterusan: 260 km/j (160 bpj)
Tekanan terendah944 hPa (mbar); 27.88 inHg
Kematian≥3,113
Kerosakan$450 juta (2007 USD)
Kawasan terjejasBangladesh, timur India
Sebahagian daripada 2007 North Indian Ocean cyclone season

Pada 9 November 2007, ribut telah dikesan melanda Pulau Andaman dan beransur lemah di Pulau Nicobar. Hujan lebat melanda bandar Dhaka dan menyebabkan kerugian $450 juta.

Mangsa sunting

Sehingga 19 November 2007, 10,000 dipercayai terbunuh akibat banjir dan ribut . Kebanyakan kematian akibat dihanyutkan oleh ombak besar setinggi 6 meter di pantai selatan Bangladesh.

Lebih sejuta hilang tempat tinggal , memerlukan bekalan makanan, air dan ubat-ubatan. Rumah yang dibuat daripada buluh dan beratap zink diterbangkan oleh ribut kencang. Mereka merupakan penduduk termiskin di dunia .

Stesen televisyen ATN Bangla mengambil gambar kawasan bencana dari udara. Khidmat gajah digunakan untuk menarik pokok tumbang yang merintangai jalan raya kerana tidak ada jentera moden. Jalan raya bertar musnah akibat ombak besar. Bekalan elektrik yang terputus dijangka pulih beberapa minggu .

Bantuan sunting

Persatuan Palang Merah Bangladesh bertungkus-lumus memasuki kawasan kampung-kampung yang ranap akibat taufan Sidr. Berjuta-juta penduduk tinggal di tanah lapang kerana rumah habis ranap.

Bantuan dari pihak tentera Bangladesh tidak mencukupi. Helikopter menggugurkan bekalan makanan, ubat , selimut dan pakaian. Begitu juga bantuan yang diberikan oleh lima buah kapal tentera laut Bangladesh.

Bantuan negara asing tidak dapat dielakkan. Jerman, Britain , Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EC) bersedia menghulurkan bantuan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

3,500 tentera marin Amerika Syarikat dari kapal perang USS Kearsarge dan USS Wasp yang beroperasi di Teluk Oman digerakkan ke Bangladesh. Kapal perang USS Tarawa yang ditempatkan di pulau Hawaii turut dihantar bagi menyelamatkan mangsa banjir .