Taufiq Hanafi

Pelakon, pengarah dan pengacara Malaysia

Mohamad Taufiq Mohd Hanafi (lahir 26 April 1991) ialah seorang pelakon, pengarah dan pengacara Malaysia.[3][4][5] Taufiq mula dikenali apabila membawa watak Abu dalam filem Ola Bola pada 2016 yang juga merupakan filem pertamanya.[6]

Taufiq Hanafi
Kelahiran
Mohamad Taufiq bin Mohd Hanafi

(1991-04-26) 26 April 1991 (umur 32)
PendidikanIjazah Sarjana Muda perfileman dan televisyen
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)[2]
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • pengacara
Tahun aktif2006–kini
BapaMejar (B) Hanafi Yunus

Kerjaya sunting

Kerjaya Taufiq sebagai pelakon bermula sebagai pelakon tambahan untuk telefilem terbitan RTM Sutun pada 2006, semasa berumur 16 tahun. Setelah tamat belajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Taufiq bekerja di TVi milik RTM dan turut berlakon beberapa watak kecil. Dari situ beliau mendapat tawaran untuk filem Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.[7] Taufiq turut menjadi pengacara untuk Dokumentari Kembara Sungai untuk siaran RTM pada 2017.[8]

Taufiq dikecam gara-gara watak Sofil dalam drama bersiri remaja Gantung The Series di Indonesia. Sofil merupakan watak antagonis yang mempunyai nafsu songsang. Drama bersiri 16 episod itu mula ditayangkan pada Januari 2018 dan hanya boleh ditonton di aplikasi Tribe di Indonesia dan Astro First di Malaysia.[9]

Pada 27 September 2018, Taufiq merupakan salah seorang pelakon utama filem PASKAL arahan Adrian Teh bersama-sama Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii dan Jasmine Suraya Chin; beliau memegang watak sebagai Ustat.[10] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan menerima ulasan positif daripada media.[11]

Pendidikan sunting

Taufiq bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kajang pada tahun 2007 dalam bidang kejuruteraan. Pada tahun 2009, Taufiq menyambung pelajaran ke ASWARA. Bermula dari situ Taufiq aktif dalam penerbitan dan lakonan pentas.[7]

Kehidupan peribadi sunting

Pada September 2018, Taufiq mendedahkan bahawa hubungannya dengan pelakon Neera Azizi tidak lebih hanya sebagai teman rapat sahaja.[12]

Pada akhir Mei 2020, Taufiq mengakui bahawa beliau sedang menjalinkan hubungan dengan sorang model tempatan yang dikenali sebagai Neesa Sodirman dan turut memuat naik sekeping foto di Instagram menyambut Aidilfitri bersama. Dalam entri tersebut, Taufiq memberi bayangan keseriusan hubungan tersebut apabila mendakwa bakal menyambut lebaran tahun depan 'bersama' di kampungnya di Johor. [13]

Pada 2023 Taufiq menjalinkan hubungan akrab dengan hos Malaysia Hari Ini Anim Ezati Rizki, apatah lagi beliau menemaninya semasa malam tayangan filem Malbatt:Misi Bakara sekali gus menjadi tanda tanya tentang keseriusan hubungan.Namun Taufiq bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bapa melalui belajar dengan Anim, beliau akui Anim pandai ambil hati keluarganya.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Ola Bola Abu Filem pertama
2017 Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Renjer Ali
2018 Bidong: The Boat People Adib Berperanan sebagai teraju utama
Blok 404 Penampilan khas
PASKAL Khairil Fikri bin Abdul Musa / Ustat
2020 Pasal Kau! Wak
2021 Siapa Tutup Lampu? En. Aidil
2022 Rasuk Farid
2023 Malbatt: Misi Bakara Lans Koperal Fuad
2024 Raja Hitam Pos-produksi
TBA Kod Musketeer Sofil Pos-produksi

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan Ruj.
2006 Sutun TV1 Pelakon tambahan
2017 Kembara Sungai Pengacara TVi
Ops Cinta Din Sardin Kamarul TV9
2018 Gantung The Series Sofil Tribe, Astro First [14]
Kalis Kasih Remy TV3
Pujaan Hati Kanda Naim [15]
2019 Hilang Yang Kembali Berahim
Iktibar Warden Razi Episod: "Buli Jadikan Aku Pembunuh"
2023 Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2 Episod: "Selain Bidadari"
Jack Yusof Banduan Astro Ria
Misi Seramedi Helmi TV Okey Penampilan khas
2024 Hero Seorang Cinderella 2 Inspektor Polis Astro Ria Penampilan khas

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan Ruj.
2016 Mulan General Li [16]

Rujukan sunting

  1. ^ "Saya Takkan Sorok Jika Nikahi Neera – Taufiq". MHE TV. 8 November 2018.
  2. ^ "Taufiq 'di bahan' kerana gemuk". Utusan Melayu. 24 Februari 2018.
  3. ^ "Taufiq Hanafi... Dulu Pemain Bola, Kini Jadi Perwira!". Gempak. 16 Ogos 2018.
  4. ^ "'Paskal' meletup tapi nama Taufiq Hanafi tetap ditolak stesen TV". mStar. 1 December 2018.
  5. ^ "Tidak henti berharap". Harian Metro. 24 September 2018.
  6. ^ "Rezeki semakin murah". Harian Metro. 13 Ogos 2016.
  7. ^ a b "Breakthrough Year". Malay Mail. 16 Mac 2017.
  8. ^ "Kembara Sungai". New Straits Times.
  9. ^ "Watak Sofil punya pasal". Harian Metro. 3 Februari 2018.
  10. ^ Kamaruddin Razal (12 September 2018). "Bawa watak anggota PASKAL, Taufiq Hanafi akui terbeban kerana bapa". Astro Gempak. Dicapai pada 29 September 2018.
  11. ^ "Filem 'Paskal' diinspirasikan oleh kisah benar". Astro Awani. 5 Mac 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
  12. ^ "Taufiq akhirnya buka mulut". Karangkraf. 4 September 2018.
  13. ^ "Dia Yang Mengurat Saya Dulu" - Taufiq Hanafi Akui Jalin Hubungan Cinta Dengan Model, Sambut Raya Bersama
  14. ^ "Gantung The Series Akhirnya Temui Penonton Secara 'Halal'". Remaja. 5 April 2018.
  15. ^ "Drama Pujaan Hati Kanda (TV3)". MyInfotaip. 19 Disember 2018.
  16. ^ "Mulan diserbu peminat". Harian Metro. 22 April 2016.

17.https://ohbulan.com/anim-ezati-pandai-ambil-hati-saya-keluarga-taufiq-hanafi/

Pautan luar sunting