Taufik Ismail (juga Datuk Panji Alam Khalifatullah; lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, 25 Jun 1935), merupakan seorang penyair dan sastrawan Indonesia. Beliau terkenal di dalam sastera Indonesia semasa tempo pasca Sukarno dan dianggap sebagai salah satu daripada perintis "Angkatan 66". Beliau menamatkan pendidikannya di Universiti Indonesia. Sebelum menjadi aktif sebagai penulis, beliau mengajar di Institut Pertanian Bogor. Pada tahun 1963, beliau menandatangani "Manifesto Budaya" sebagai dokumen yang menentang perhubungan seni dengan politik. Ini menyebabkan beliau mengajar di Institut.

Taufiq Ismail
Lahir (1935-06-25) 25 Jun 1935 (umur 88)
Bukittinggi, Sumatera Barat, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
WarganegaraIndonesia
GenrePuisi
Pergerakan sasteraAngkatan '66
AnugerahAnugerah Seni, Pemerintah RI. (1970); S.E.A. Write Award (1994).
PasanganEsiyati Ismail (née Yatim)
Tandatangan

Ismail menulis banyak puisi, yang paling terkenal adalah: Malu (Aku) Jadi Orang Indonesia, Tirani dan Benteng, Tirani, Benteng, Buku Tamu Musim Perjuangan, Sajak Ladang Jagung, Kenalkan, Saya Hewan, Puisi-puisi Langit, Prahara Budaya: Kilas Balik Ofensif Lekra, Ketika Kata Ketika Warna dan Seulawah-Antologi Kesusasteraan Aceh. Bosan dengan gaya penulisan yang serius, pada tahun 1970 beliau mula menulis puisi bercampur dengan humor. Beliau telah memenangi banyak anugerah, termasuk "Anugerah Lawatan Budaya" dari kerajaan Australia (1977) dan Anugerah Penulisan S.E.A. (1994).

Beliau berkahwin dengan Esiyati Ismail (née Yatim) pada tahun 1971. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Ibrahim "Bram" Ismail.

Latar Belakang sunting

Taufiq Ismail lahir dari pasangan A. Gaffar Ismail (1911-1998) berasal dari Banuhampu, Agam.Ibunya Sitti Nur Muhammad Nur (1914-1982) berasal dari Pandai Sikek, Tanah Datar, Sumatera Barat. Ayahnya seorang ulama Sumatera Barat dan tokoh pengasas PERMI. Taufik Ismail belajar di Sekolah Dasar di Solo, Semarang,Yogyakarta, SMP di Bukittinggi, dan SMA Pekalongan. Minatnya membaca dan menulis sastera sejak belajar di SMA lagi. Di perpustakaan Pekalongan, Taufik banyak membaca karya-karya Chairil Anwar , William Saroyan , dan Karl May , di samping buku-buku mengenai sejarah, politik, dan agama.

Dia tamat belajar di FKHP-Universiti Indonesia di Bogor pada 1963. Beliau juga belajar di Whitefish Bay High School di Milwaukee , Wisconsin atas biasiswa daripada American Field Service International. Kerjaya beliau bermula sebagai doktor haiwan dan ahli penternakan . Usaha penternakan di sebuah pulau di Selat Melaka ternyata gagal.

Kegiatan sastera sunting

Beliau aktif sebagai Aktivis Pelajar Islam Indonesia (PII), Ketua Senat Mahasiswa FKHP-UI (1960-1961) dan WaKa Dewan Mahasiswa UI (1961-1962).

Beliau menjadi guru di SKP Pamekar, Bogor dan SMA Regina Pacis, juga mengajar di IPB. Beliau turut menandatangani Manifesto Kebudayaan pada 1963 .Akibatnya beliau dipecat sebagai pensyarah di Institut Pertanian Bogor dan permohonan belajar di AS dibatalkan. Manifesto Kebudayaan diharamkan pada 1964 [1] .Sejak itu dia menulis di berbagai media, jadi wartawan dan pengasas majalah Horison (1966), ikut mendirikan DKJ dan jadi pimpinannya, Pj. Direktur TIM, Rektor LPKJ dan Manajer Hubungan Luar Unilever. Kemudian menerima biasiswa AFS International Scholarship (1958). Beliau juga aktif di AFS Indonesia dan menjadi Ketua Dewan Pembina Yayasan Bina Antarbudaya, penyelenggara pertukaran pelajar antarbangsa selama 41 tahun (sejak 1957). Seramai 1700 siswa dihantar 15 negara dan menerima 1600 siswa asing di sini. Taufiq terpilih menjadi anggota Board of Trustees AFSIS di New York, 1974-1976.

Taufik Ismail dikategori sebagai penyair Angkatan 66 oleh HB Jassin.Buku puisinya termasuklah Malu (Aku) Jadi Orang Indonesia, Tirani dan Benteng, Tirani, Benteng, Buku Tamu Musim Perjuangan, Sajak Ladang Jagung, Kenalkan, Saya Hewan, Puisi-puisi Langit, Prahara Budaya:Kilas Balik Ofensif Lekra/PKI dkk, Ketika Kata Ketika Warna, Seulawah-Antologi Sastra Aceh, dan lain-lain.

Puisi-puisinya dinyanyikan Himpunan Musik Bimbo, pimpinan Samsudin Hardjakusumah, atau sebaliknya ia menulis lirik buat mereka.Dia turut menulis lirik buat Chrisye, Yan Antono (dinyanyikan Ahmad Albar) dan Ucok Harahap.

Taufiq dijemput deklamasi puisi di pelbagai tempat seperti di 24 kota Asia, Australia, Amerika, Eropah, dan Afrika sejak 1970. Pada April 1993 ia membaca puisi tentang Syeikh Yusuf dan Tuan Guru, para pejuang yang dibuang VOC ke Afrika Selatan tiga abad sebelumnya, di 3 tempat di Cape Town (1993), saat dasar apartheid baru dibongkar. Pada Ogos 1994 Taufik Ismail membaca puisi tentang Laksamana Cheng Ho di sebuah masjid di Yunan,China . Terjemahan Mandarinnya dibacakan oleh Chan Maw Yoh.

Pada awal 1970-an Taufik menghasilkan puisi berunsur humor kerana kecewa dengan puisi serius. Antologi puisinya berjudul Rendez-Vous diterbitkan di Rusia dalam terjemahan oleh Victor Pogadaev.

Penghargaan sunting

Taufik Ismail nendapat Anugerah Seni dari kerajaan Indonesia (1970), Cultural Visit Award dari Pemerintah Australia (1977), South East Asia Write Award dari Kerajaan Thailand (1994), Penulisan Karya Sastera dari Pusat Bahasa (1994). Dua kali dia menjadi penyair tamu di Universiti Iowa, Amerika Syarikat (1971-1972 dan 1991-1992), dan pengarang tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1993).

Taufiq juga menerima Habibie Award daripada The Habibie Center yang bernilai RM70,000 kerana sumbangannya yang sangat besar terhadap kesusasteraan dan pendidikan sastera Indonesia.

Seminar Internasional Taufiq Ismail 55 Tahun dalam Sastera Indonesia telah berlangsung di studio TVRI Sumatera Barat, Padang dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen negara itu.Ramai tokoh Indonesia hadir seperti Darman Moenir (sasterawan asal Batusangkar), Dr. Ir. Raudha Thaib (Universiti Andalas), Drs. Yulizal Yunus (Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol) , Dr. Ismet Fanany (Deakin University) serta isterinya, Dr. Rebecca Fanany (Swinburne University). Seminar ini dirasmikan Gabenor Sumatera Barat, Gamawan Fauzo.

Hasil penulisan sunting

Hasil tulisannya ; 517 puisi, 346 prosa (esei/kritikan) dan 96 lirik lagu yang telah dihasilkannya sepanjang 55 tahun aktif di dunia penulisan.

Karya-karya puisi Taufiq telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Arab, Jepun, Jerman dan Perancis. Kumpulan puisinya yang telah terbit adalah Manifestasi (1963, bersama Goenawan Mohamad, Hartojo Andangjaya, et. al), Benteng (1966) dan Tirani (1966).

Bersama Ali Audah dan Goenawan Mohamad, Taufiq pernah menterjemah karya Muhammad Iqbal, Membangun Kembali Pikiran Agama dalam Islam. Bersama D.S. Moeljanto, menyunting Prahara Budaya (1994).[2]

  1. Manifestasi (1963) (alongside Goenawan Mohamad, Hartojo Andangjaya, et al.)
  2. Benteng (1966)
  3. Tirani (1966)
  4. Puisi-puisi Sepi (1971)
  5. Kota, Pelabuhan, Ladang, Angin, dan Langit (1971)
  6. Buku Tamu Museum Perjuangan (1972)
  7. Sajak Ladang Jagung (1973)
  8. Puisi-puisi Langit (1990)
  9. Ismail, Taufiq (1993). Tirani Dan Benteng (dalam bahasa Indonesian). Jakarta: Yayasan Ananda. ISBN 978-979-8424-00-7.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. Moeljanto, D.S.; Ismail, Taufiq (1995). Prahara budaya : kilas-balik ofensif Lekra/PKI dkk. : kumpulan dokumen pergolakan sejarah (dalam bahasa Indonesian). Bandung: Diterbitkan atas kerja sama Penerbit Mizan dan H.U. Republika. ISBN 978-979-433-064-7.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. Ara, L.K.; Ismail, Taufiq; Ks, Hasyim, penyunting (1995). Seulawah, antologi sastra Aceh sekilas pintas (dalam bahasa Indonesian). Jakarta: Yayasan Nusantara. ISBN 978-979-8889-00-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. Ismail, Taufiq (1998). Malu (aku) jadi orang Indonesia (dalam bahasa Indonesian). Jakarta: Yayasan Ananda. ISBN 978-979-8424-04-5.CS1 maint: unrecognized language (link) (literally means ( I ) Shamed to be Indonesian, this work was published after Indonesian 1998 Revolution, this work is about Ismail's criticism about the government)
  13. Ismail, Taufiq, penyunting (2004). Horison esai Indonesia : sastra Indonesia dalam program Sastrawan Bicara Siswa Bertanya (SBSB) 2003. Jakarta: Horison. ISBN 978-979-98220-0-0.
  14. Ismail, Taufiq (2004). Katastrofi mendunia : Marxisma, Leninisma, Stalinisma, Maoisma, narkoba. Jakarta: Yayasan Titik Infinitum. ISBN 978-979-98857-0-8.
  15. Ismail, Taufiq (2008). Mengakar ke bumi, menggapai ke langit (4 volume set). 1–4. Jakarta: Panitia 55 Tahun Taufiq Ismail dalam Sastra Indonesia dan Majalah Sastra Horizon. ISBN 978-979-98220-8-6.

Rumah Puisi Taufik Ismail sunting

Rumah Puisi ini dibina sejak 20 Februari 2008, terletak di Aie Angek, Tanah Datar, Sumatera Barat, di antara kaki Gunung Merapi dan Gunung Singgalang.

Rujukan sunting

  1. ^ [1] Taufiq Ismail melahirkan puisi berkhabar
  2. ^ Perjuangan 55 tahun Taufiq dalam sastera Indonesia

Pautan luar sunting