Tayar toreh ialah tayar yang sudah botak dan ditoreh semula oleh 'industri belakang rumah' secara haram dan tidak menepati mana-mana piawaian keselamatan.

Tayar toreh berbahaya kepada pemandu dan penumpang kenderaan yang menggunakan tayar jenis itu, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Bunga tayar toreh kurang memuaskan.Cengkaman semasa di jalan raya kurang dan mudah menyebabkan kenderaan hilang kawalan terutama dalam cuaca buruk seperti hujan.

Tayar celup sunting

Tayar toreh berbeza dengan tayar celup.Tayar celup melibatkan proses pembuatan yang baru dan diiktiraf oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Tayar baru biasanya akan haus dalam tempoh tiga hingga empat tahun dan selepas itu tayar tersebut boleh dicelup semula oleh industri celup tayar sebanyak dua kali. Pembuat tayar celup akan meneliti dan memeriksa tayar-tayar ini dan memilih tayar-tayar yang selamat untuk dicelup semula manakala yang tidak sesuai akan dibuang untuk dikitar semula. Pekilang akan menambah kompaun atau lapisan yang baru sebelum ditoreh semula.

Tayar celup selamat digunakan kerana terdapat piawaian dan spesifikasi teknikal yang menepati industri pembuatan tayar celup dan kawalan terhadap pencelupan tayar juga adalah sangat ketat. Tayar celup diiktiraf oleh pelbagai negara seperti New Zealand, Australia dan Taiwan turut menempah tayar celup yang dihasilkan di Malaysia.

Tanda piawai sunting

Setiap tayar akan ditanda 'MS' di tayar iaitu piawai SIRIM. Piawaian American Department of Transportation ditanda dengan 'DOT' .Tayar menepati piawaian European Community Standard (ECE) ditanda dengan 'E'. Jenis tayar lain termasuk tayar toreh boleh menyebabkan tindakan saman sehingga RM300 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Persatuan sunting

Empat persatuan telah setuju membanteras tayar toreh di Malaysia. Persatuan itu ialah Malaysian Association of Tyre Retreaders and Dealer Society (MATRDS), Tyre Retreading Manufacturers Association of Malaysia (TRMAM), Association of Tyre Importers (ATI) dan FMM Malaysian Automotive Tyre Manufacturers Industry Group .

Laporkan pengedar yang tidak bertanggungjawab kepada pihak Kastam, Polis, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), JPJ dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Tindakan tegas akan diambil termasuk tayar tersebut boleh dirampas.