Tealive

jenama rantaian kedai minuman teh yang beroperasi di Malaysia
(Dilencongkan dari Tealife)

Tealive (Jawi: تيلاءيۏ) merupakan jenama rantaian kedai kafe minuman teh yang ditubuhkan pada tahun 2017 di Malaysia. Ia dimiliki oleh Loob Holding Sdn. Bhd.[2] Tealive yang dahulunya dikenali sebagai Chatime merupakan jenama teh gaya hidup terbesar di Asia Tenggara dengan cawangan di Brunei, Filipina, Kemboja, Myanmar dan Vietnam. Setakat 2023, Tealive mempunyai lebih daripada 800 cawangan di seluruh Malaysia.[3] Antara menu terkenal yang dijual di Tealive adalah teh susu mutiara dan teh-teh berperisa yang lain.

Tealive
Jenis/bentuk sahKedai kopi Sunting ini di Wikidata
IndustriMinuman
GenreTeh susu mutiara
Ditubuhkan2017; 7 tahun yang lalu (2017)
PengasasBryan Loo[1]
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Keluaran
PerkhidmatanTeh
PemilikLoob Holding Sdn.Bhd.
Tapak webwww.tealive.com.my
Facebook: tealiveasia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pengasasan sunting

Cawangan Tealive pertama di Malaysia telah diasaskan di Pavilion Kuala Lumpur pada 26 Februari 2017. Ia telah dilancarkan oleh Bryan Loo tiga bulan selepas 165 cawangan Chatime ditutup pada tahun 2016.[4] Ia juga menampilkan empat menu baharu iaitu Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea (teh susu mutiara gula perang), Roasted Milk Tea with Handmade Pearls (teh susu panggang dengan mutiara buatan tangan), Signature Passion Fruit Green Tea (Teh hijau buah markisa) dan juga Grapefruit Chia Tea Booster (teh chia limau gedang).[5]

Pengembangan sunting

Pada 25 September 2022, Tealive berjaya membuka cawangan ke-800 di Batu Kawan, Pulau Pinang dengan rancangan untuk mencapai 1000 cawangan pada tahun 2024.[6] Pada awal tahun 2019, Tealive telah melancarkan cawangan pandu lalu pertama dengan kerjasama Petronas di Subang Jaya, Selangor.

Insiden sunting

Pada 27 Jun 2018, Mahkamah Rayuan telah mengarahkan Tealive yang dimiliki oleh Loob Holdings Sdn Bhd untuk menutup semua operasi perniagaannya selepas diputuskan bersalah terhadap syarikat Chatime yang dimiliki oleh La Kaffa International Co Ltd dari Taiwan. Hal ini kerana, La Kaffa mendakwa yang Tealive sudah melanggar undang-undang perjanjian sebagai francaisnya dan telah mengubah bahan-bahan minuman ini tanpa persetujuan syarikat La Kaffa sebagai syarikat induk francais.[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ong Chin Huat (9 September 2019). Tealive boss Bryan Loo is constantly thinking out of the box The Star Online. Dicapai pada 29 Mei 2020.
  2. ^ Joyce Goh (2 Februari 2021). tealive sedap !Loob looking at strategic stake sale — sources The Edge Markets. Dicapai pada 15 April 2021.
  3. ^ "About Us". Tealive Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-11.
  4. ^ "Cover Story: Full steam ahead for Loob". The Edge Malaysia. Dicapai pada 2023-11-11.
  5. ^ "Tealive Comes to Live". Malaysian Business Online. 20 February 2017. Dicapai pada 11 November 2023.
  6. ^ Aman, Azanis Shahila (25 September 2022). "Tealive marks 800th-store milestone in Malaysia with Batu Kawan outlet". New Straits Time. Dicapai pada 11 November 2023.
  7. ^ Chatime vs Tealive? Pusingan Akhir Kapital.my (4 Julai 2018). Dicapai pada 29 Mei 2020.

Pautan luar sunting