Rencana ini ialah mengenai panggung opera dan balet di
Rusia. Untuk teater drama di Saint Petersburg, sila lihat
Teater Drama Bolshoi. Untuk kumpulan muzik rock Bolshoi, sila lihat
The Bolshoi.
Koordinat: 55°45′37″N 37°37′07″E / 55.76028°N 37.61861°E / 55.76028; 37.61861
Teater Bolshoi (Bahasa Rusia: Большой театр, Bol'shoy Teatr, bermakna Teater Besar, Hebat atau Agung, juga dieja Bolshoy) adalah sebuah teater bersejarah di Moscow, Rusia, direkabentuk oleh arkitek Joseph Bové, yang mengadakan pertunjukan balet dan opera. Bolshoi Ballet dan Bolshoi Opera adalah antara syarikat balet dan opera yang tertua dan paling terkenal di dunia. Teater ini adalah syarikat induk The Bolshoi Ballet Academy, sebuah sekolah balet terkemuka di dunia.
Teater Bolshoi |
---|
Большой театр |
 Teater Bolshoi pada 2011 |
Maklumat umum |
---|
Jenis | Teater opera dan balet |
---|
Gaya seni bina | Neoklasik |
---|
Lokasi | Moscow, Rusia |
---|
Koordinat | 55°45'37"N, 37°37'07"E |
---|
Disiapkan pada | 1825 |
---|
Bangunan utama teater, dibina semula dan diubahsuai beberapa kali dalam sejarah, adalah mercu tanda Moscow dan Rusia (muka neoklasik ikoniknya digambarkan pada wang kertas 100-rubel Rusia). Pada 28 Oktober 2011, Bolshoi semula dibuka selepas enam tahun pengubahsuaian meluas yang berharga kira-kira 21 bilion Ruble (kira-kira AS$ 680 juta).[1] Kerja-kerja pengubahsuaian termasuk memulihkan akustik kepada kualiti asal (yang telah hilang semasa Era Soviet), serta memulihkan asal hiasan Imperial Bolshoi.[1]