Buka menu utama

Teater muzik[al] adalah sebuah bentuk pementasan teater yang menggabungkan lagu-lagu, dialog, aksi lagak dan tarian. Cerita dan emosi yang dibawakan dalam penceritaan pementasan begini sama ada ia gelak tawa, rasa kesedihan, cinta mahupun kemarahan disampaikan melalui kata, musik, pergerakan dan teknikal aspek hiburan secara bersepadu dan menyeluruh. Ia dibezakan dengan bentuk pementasan lain yang cenderung bertindih seperti opera dan tarian melalui kepentingan yang setara diberikan kepada muzik sepertimana dialog, pergerakan serta unsur yang lain.

Pementasan ini umumnya banyak dilakukan di tempat-tempat besar seperti teater Broadway di Bandar Raya New York atau teater West End, di London. Namun ia mungkin juga akan diadakan di tempat yang lebih kecil (misalnya dalam peringkat Off-Broadway, Off-Off-Broadway mahupun komuniti) atau dalam suatu program jelajah, malah juga secara peringkat amatur seperti di gereja dan sekolah.

Isi kandungan

Gambaran umumSunting

Sesebuah pementasan muzikal itu mempunyai beberapa komponen utama iaitu muzik, lirik atau senikata lagu yang didendangkan dalam pementasan, dan buku (book).

"Buku" difahamkan sebagai sefungsi dengan skrip yang menjelaskan cerita, pembangunan watak dan struktur penceritaan yang turut termasuk dialog dan arahan pentas. Ia juga boleh merujuk kepada dialog dan lirik yang dipadukan bersama - ia kadangkalanya disebut sebagai libreto (daripada istilah bahasa Itali libretto, "buku kecil").

Muzik dan lirik dampingan bersama-sama membentuk "skor muzik", ia termasuk juga  musik insidental dan adegan yang "sering menggabungkan nyanyian lagu dengan dialog yang diucapkan."[1] Muzik adalah tanggungjawab kreatif pasukan, termasuk seorang direktur, seorang pengarah muzik, biasanya seorang koreografer dan kadang-kadang seorang ketua orkestra.

Jarak masaSunting

Pementasan sebegini tiada jangka masa yang ditetapkan. Ia biasanya disampaikan dalam dua bahagian dengan suatu waktu rehat atau selingan (intermission) di antaranya. Bahagian pertama lebih panjang antara kedua-dua bahaagian ini di mana ia berperanan  memperkenalkan hampir semua watak dan sering diakhiri dengan suatu konflik atau komplikasi dalam jalan cerita pementasan. Bahagian kedua mungkin akan memperkenalkan beberapa lagu baru tetapi biasanya akan mengulangi muzik tema sambil menyelesaikan konflik atau komplikasi jalan cerita yang terbina.

SejarahSunting

Nota dan rujukanSunting

  1. ^ Shepherd, John; Horn, David (2012). Continuum Encyclopedia of Popular Music of the World Volume 8: Genres: North America. A&C Black. m/s. 104. ISBN 1441148744.