Technikon merupakan gelaran lain untuk kolej politeknik. Institusi ini menawarkan program yang menjurus kepada sektor teknikal. Berbanding dengan universiti, syarat kelayakannya adalah lebih longgar.

Technikon biasanya menawarkan diploma Btech selama empat tahun. Walaupun begitu, pelajar boleh menamatkan pengajian mereka dengan lebih awal untuk bekerja sambil belajar. Kebanyakan technikon juga menawarkan diploma lanjutan dalam beberapa bidang tertentu. Kini technikon di Afrika Selatan telah ditukar nama kepada "Universiti Teknologi" dan kebanyakannya sedang melalui proses perubahan.