Technorati ialah enjin carian blog yang bersaing dengan Google, Yahoo dan IceRocket. Ia mempergunakan tag yang diletakkan dalam laman sesawang penulis untuk membantunya mengelaskan hasil gelintaran, dengan hasil terkini diutamakan. Pada bulan Disember 2007, Technorati mengindeks melebihi 112 juta blog.[1] Laman sesawang Technorati memenangi anugerah SXSW 2006 untuk Pencapaian Teknik Terbaik serta juga Pertunjukan Terbaik.[2] Ia juga dicalonkan untuk anugerah Webby 2006 bagi Amalan Terbaik, tetapi ditewaskan oleh Flickr dan Peta Google.[3]

Technorati
Maklumat umum
URLtechnorati.com
JenisEnjin carian blog
Tersedia dalamBahasa Inggeris
DitubuhkanNovember 2002 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikSynacor
PengasasDave Sifry
Perangkaan
Kedudukan Alexa138,794 (30 November 2017) Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nama "Technorati" merupakan kata lakuran yang membayangkan versi teknologi kesusasteraan atau kesarjanaan. Technorati yang menggunakan dan menyumbang kepada perisian sumber terbuka memiliki sebuah komuniti pembangun perisian yang aktif, dengan banyak anggotanya berasal daripada budaya sumber terbuka. Laman sesawang Technorati merangkumi wiki pembangun awam untuk pemuafakatan pembangun dan penyumbang, serta juga berbagai-bagai antara muka pengaturcaraan penggunaan (API) terbuka.

Sejarah sunting

Technorati yang berpusat di San Francisco, California, Amerika Syarikat diasaskan oleh Dave Sifry. Sifry yang juga penyokong sumber terbuka yang utama ialah pengasas LinuxCare dan kemudiannya Sputnik, pembangun perisian titik capaian Wi-Fi. Ketua Ahli Teknologi Technorati ialah Tantek Çelik.

Pada bulan Februari 2006, Debi Jones menegaskan bahawa pengeposan "Keadaan Blogosfera" Technocrati yang mendakwa bahawa ia mengesan 27.7 juta blog tidak mengambil kira blog MySpace sebanyak 56 juta. Oleh itu, beliau berkata bahawa kebergunaan Technorati sebagai ukuran kepopularan blog boleh dipersoalkan.[4] Bagaimanapun, menjelang bulan Mac 2006, Aaron Brazell menegaskan bahawa Technorati telah mula mengesan blog MySpace.[5]

Pada bulan Mei 2006, Technorati bekerjasama dengan agensi perhubungan awam, Edelman. Urus janji itu banyak dikritik daripada segi prinsip serta juga kerana skandal blog palsu Edelman pada tahun 2006. Edelman dan Technorati kemudian menamatkan urus janji mereka secara rasmi pada bulan Disember 2006. Pada bulan itu, Oliver Reichenstein menegaskan bahawa apa yang dipanggil "Blogosfera Rasmi" lebih merupakan suatu alat perhubungan awam dan projek untuk memberikan keuntungan kepada Edelman dan Technorati daripada suatu sumber yang boleh dipercayai. Khususnya, beliau menjelaskan tentang:

  • mengapa dakwaan Technorati/Edelman bahawa "31% daripada blog ditulis dalam bahasa Jepun" adalah "palsu"; dan
  • takat keuntungan untuk kedua-dua pihak.[6]

Pada bulan Mei 2007, Andrew Orlowski yang menulis untuk tabloid teknologi The Register mengkritik reka bentuk semula Technorati yang terkini. Beliau mengatakan bahawa Technorati telah memutuskan untuk lebih menumpukan pengembalian imej lakaran kenit daripada hasil blognya. Orlowski juga mendakwa bahawa laman Technorati tidak pernah berjalan dengan betul sejak dahulu dan penumpuan semula yang dikatakan itu merupakan "satu pengakuan yang tersirat bahawa ia telah meninggalkan misinya yang asal".[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Welcome to Technorati". Tidak diketahui. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-05. Dicapai pada 2007-12-17. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Web Awards Winners". south by southwest festivals + conferences. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-11. Dicapai pada 2007-03-11.
  3. ^ "2006 webby nominees: 10th Annual Webby Awards Nominees & Winners". Webby Awards. 2006. Dicapai pada 2007-03-11.
  4. ^ Debi Jones (16 Februari 2006). "The Site that Ate the Blogosphere: Why MySpace matters and Technorati doesn't". MobileJones.com. Dicapai pada 2007-03-02.
  5. ^ Aaron Brazell (31 Mac 2006). "Technorati Indexing MySpace Blogs". Technosailor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-06. Dicapai pada 2007-03-23.
  6. ^ Oliver Reichenstein (13 Disember 2006). "Technorati: Big business with bogus data". Information Architects Japan. Dicapai pada 2007-07-22.
  7. ^ Andrew Orlowski (May 25, 2007). "Technorati knocks itself out. Again". theregister.co.uk. Dicapai pada 2007-08-05.

Pautan luar sunting