Teh Botol Sosro adalah jenama teh bunga melati dipasarkan oleh PT. Sinar Sosro, sebuah syarikat minuman Indonesia. Teh Botol Sosro sangat masyhur di negara tersebut malah turut dijual di banyak negara luar Indonesia termasuk Malaysia dan Singapura. Bahkan, hasil kajian penelitian dilakukann majalah SWA mendapati bahawa jenama ini lebih digemari masyarakat Indonesia daripada jenama-jenama minuman lain termasuk Coca-Cola;[1] penemuan ini turut masih konsisten dengan kajian serupa dilakukan Youthlab Indonesia tahun 2011 dengan 84% pemuda Indonesia lebih memilih Teh Botol Sosro dibandingkan Coca-Cola.[2]

Teh Botol Sosro
Jenis/bentuk sahMinuman teh melati manis
Ditubuhkan1940; 84 tahun yang lalu (1940) di Slawi, Jawa Tengah
PengasasSoegiharto Sosrodjojo
Ibu pejabatIndonesia
PemilikPT Sinar Sosro
Tapak webLaman web resmi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Teh Botol Sosro pertama kali dijual pada tahun 1940 dalam bentuk kemasan teh kering siap saji. Pada tahun 1969, teh ini mula dijual dalam kemasan botol dan merupakan produk teh pertama yang dijual dalam botol tidak sahaja di Indonesia malah di dunia.[3] Bentuk botol yang dikenal saat ini mulai digunakan pada tahun 1974. Sejak tahun 1990-an Teh Botol Sosro juga dikemas dalam kotak 200 ml dan 250 ml.

Sejarah sunting

Teh Botol Sosro pada awalnya merupakan jenama Teh Cap Botol diasaskan Soegiharto Sosrodjojo yang pertama kali dijual tahun 1940 dalam bentuk kemasan teh kering siap saji di Slawi, Jawa Tengah.[3] Teh campuran pucuk teh muda dan bunga melati ini terasa enak dan segar disambut baik pengguna tetapi agak terhalang dari cara-cara meracik minuman yang buruk kerap kali menenggelamkan cita rasanya.[4] Untuk mengatasi masalah ini, keluarga Sosrodjojo merancang suatu kempen penghebahan mengenai takaran meracik teh yang lebih memudahkan, tetapi kampanye ini gagal disebabkan masyarakat ketika itu menganggap meracik teh dengan baik bukanlah sebuah hal yang penting.[4]

Pada tahun 1960, Soegiharto dan keluarganya berpindah ke Jakarta untuk mengembangkan perniagaan beliau. Lima tahun kemudian, Soegiharto melakukan suatu demonstrasi Cicip Rasa di mana beliau memberikan sampel minuman untuk dicuba orang ramai di tempat keramaian seperti pasar. Pada awalnya beliau memasak dan menyeduh daun teh untuk terus disajikan, tetapi beliau kemudiannya beralih kepada menjual air seduhan terus dari periuk-periuk besar iaitu panci yang dibawa berulang-alik ke pasar-pasar; tetapi cara ini mendatangkan masalah di mana air teh sering tumpah dalam perjalanan.[3]

Akhirnya, beliau menemukan timbul ide untuk menjual teh ini dalam kemasan botol yang "siap minum" menggunakan botol-botol kecap.[3]Ada juga h satu versi cerita menyebutkan bahawa kemasan botol itu diilham oleh kebiasaan anak sekolah di Slawi yang kerap membawa minuman teh dalam botol.[4] Namun menurut versi yang lebih resmi, seperti yang tertera dalam website Sosro, ide pengemasan dalam botol muncul akibat kegagalan dalam mempromosikan teh botol di Jakarta pada tahun 1953.

Jenis-jenis sunting

Produk sunting

  • Original
  • Less Sugar
  • Green Tea
  • Tawar

Kemasan sunting

  • Botol kaca 220 ml
  • Kotak 200 ml
  • Kotak 250 ml
  • Kotak 330 ml
  • Kotak 1 L
  • Pouch 150 ml
  • PET 450 ml
  • PET 500 ml
  • Kaleng
  • botol plastik 250ml

Lihat pula sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Evi Mariani (3 September 2005). "Local preference for tea puts Coca-Cola in cold sweat". The Jakarta Post.
  2. ^ http://www.slideshare.net/yrpasia/notalwayscoca-cola100919184642phpapp01-7680985
  3. ^ a b c d "Profil Perusahaan". PT Sinar Sosro. Dicapai pada 25 April 2021.
  4. ^ a b c M. Ma'ruf. 2009. 50 Business Great Ideas from Indonesia. Jakarta Selatan: Hikmah

Pautan luar sunting

Templat:Minuman-stub Templat:Produk-stub