Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Ciri-ciri

sunting
  • Boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R
  • Penghasilan produk telah melalui proses inovasi teknologi bagi menjaga keharmonian manusia dan persekitaran
  • Reka bentuk yang berdasarkan pengalaman lepas untuk membantu manusia
  • Mudah digunakan, selamat dan baik
  • Kadar pembebasan gas rumah hijau adalah rendah atau sifar
  • Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api

Contoh-contoh produk

sunting

Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil.

  • Kenderaan elektrik, biodiesel dan kenderaan gas asli (NGV)

Kesan yang kurang kepada alam sekitar

  • Produk biodegradasi
  • Baja kompos
  • Bekas makanan daripada ubi kayu

Kepentingan

sunting

Kehidupan manusia

  • kualiti udara yang bagus
  • kurangkan peningkatan suhu
  • mengurangkan pencemaran bunyi

Ekonomi

sunting
  • mengurangkan kos operasi
  • meningkatkan nilai aset dan keuntungan
  • meningkatkan produktiviti pekerja
  • meneroka peluang mengeksport produk hijau
  • penyumbangan industri fotovolta

Menjana tenaga

sunting
  • merangkumi sumber tenaga yang bersumberkan alam semula jadi
  • mengurangkan lepergantungan kepada tenaga yang tidak dapat diperbaruhi
  • mempromosikan kecekapan tenaga yang selamat dan mesra pengguna

Memelihara dan memulihara Alam sekitar

  • Meningkatkan kualiti udara dan air
  • Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau
  • Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
  • Melindungi sumber semula jadi

Amalan hijau

sunting

Penjimatan Tenaga

  • Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan
  • Lebih menggunakan cahaya semula jadi

Zon bebas asap rokok

  • Tetapkan kawasan larangan merokok
  • Kompaun kepada perokok yang merokok di kawasan larangan

Penjimatan Air

  • Pastikan pili air ditutup dengan betul selepas siap menggunakannya
  • Tadah air hujan untuk kegunaan seperti mencuci kereta dan menyiram pokok bunga

Amalan 5R

  • Asingkan sampah dalam tong kitar semula yang betul
  • Guna semula bahan yang tidak digunakan dengan cara yang lain

Pengurangan sisa

sunting
  • meminimumkan penggunaan peralatan pakai buang
  • kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat

Perolehan produk hijau

sunting
  • utamakan penggunaan bahan mesra alam
  • gunakan kertas kitar semula

Bidang tumpuan teknologi hijau

sunting

Antara contoh bidang tumpuan teknologi hijau adalah:

  • Tenaga sumber alam semulajadi: Isu penting dalam teknologi hijau dan ini termasuk pembangunan bahan bakar alternatif atau sumber tenaga yang boleh diperbahurui.
  • Bangunan hijau: Bidang ini merangkumi semua tahap pembangunan. Dari pemilihan bahan bangunan hingga pemilihan lokasi bangunan. Lokasinya Di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur iaitu bangunan Kementerian Kerja Raya. Selain itu, bangunan berkonsepkan teknologi hijau adalah Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, Johor, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak , Kota Iskandar, Johor. Sebagi contoh konsep yang ditekan dalam Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Johor adalah seperti 'Vertical Fin' keadah penggunaannya adalah bagi kemasukan cahaya dalam bangunan.
  • Selain itu konsep teknologi hijau boleh dipraktikkan di tepi pantai dan kuala sungai dengan penanaman pokok bakau bagi menggelak hakisan air yang lebih mesra alam dan mengekalkan ekosistem sediaada.
  • Penggunaan tenaga solar yang meluas dikawasan luar bandar dan pendalaman seperti di Sabah dan Serawak. Walaupun pembinaannya agak mahal tapi ia adalah usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup di sana. Banyak juga jalanraya menggunakan lampu berunsurkan tenaga sola terutamanya di kawasan selekoh.
  • Nanoteknologi hijau: Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada skala nanometer atau satu per milyar meter. Nanoteknologi hijau adalah aplikasi teknologi hijau dalam bidang nanoteknologi.
  • Alamtologi: Suatu teknologi yang jelas mengikut fitrah alam dan hanya mengembangkannya sesuai dengan susunan yang lebih teratur.
  • Teknologi hijau boleh dilihat dengan contoh, kereta hibrid (kereta elektrik),kereta hibrid boleh mengurangkan pencemaran udara dan penjimatan bahan api.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Jentera/Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera