Dalam pengkomputan, teks biasa (bahasa Inggeris: Plain text) ialah kandungan fail berjujukan biasa yang dapat dibaca sebagai bahan teks tanpa banyak pemprosesan, berbanding dengan teks berformat dan fail perduaan yang memerlukan pentafsiran sebahagiannya sebagai objek dedua (integer dikod, nombor nyata, imej, dan lain-lain).

Fail teks biasa memaparkan dua buah pantun dalam terminal

Pengekodan teks biasa secara tradisinya dalam bentuk ASCII, satu daripada terbitannya seperti ISO 639 dan sebagainya, ataupun kadangkalanya EBCDIC. Pengekodan berdasarkan Unikod seperti UTF-8 dan UTF-16 sedang menggantikan terbitan ASCII lama yang terhad kepada kod 7 atau 8 bit.

Teks biasa dan teks kaya sunting

Fail-fail yang mengandungi penanda ataupun metadata lain secara amnya dianggap sebagai teks biasa, oleh sebab keseluruhan teks dapat dibaca oleh manusia (seperti dalam HTML, XML, dan sebagainya), dan, seperti dihujahkan Coombs, Renear, dan DeRose,[1] tanda baca itu sendiri merupakan penanda. Penggunaan teks biasa dan tidak strim bit bagi menunjukkan penanda membolehkan fail untuk terus kekal "di luar sana", kerana penggunaan teks biasa memberi kekebalan kepada fail daripada perubahan seni reka komputer.

Mengikut piawai Unikod,

  • Teks biasa ialah jujukan tulen kod aksara; teks biasa Unikod justeru merupakan jujukan kod aksara Unikod.
  • Teks yang digayakan, juga dikenali sebagai teks kaya, ialah apa jua perwakilan teks yang mengandungi teks biasa yang dilengkapkan dengan maklumat seperti pengenalan bahasa, saiz fon (set taip), warna, dan pautan hiperteks.[2]

Misalnya, teks kaya seperti SGML, RTF, HTML, XML, dan TeX berdasarkan teks biasa. Satu lagi contoh ialah penulisan teks Wiki.

Mengikut Piawai Unikod (The Unicode Standard), teks biasa mempunyai dua sifat utama berkaitan dengan teks kaya:

  • Teks biasa ialah asas strim kandungan yang dapat dikenakan pemformatan.
  • Teks biasa ialah teks awam, dipiawaikan, dan dapat dibaca secara sejagat.[3]

Definisi Unikod sunting

  • Teks biasa mewakili kandungan boleh tukar dan asas teks.
  • Teks biasa mewakili kandungan aksara sahaja, bukan penampilannya.
  • Teks biasa dapat dipaparkan dalam pelbagai cara dan memerlukan proses persembahan bagi membuatnya dapat dilihat dengan penampilan tertentu.
  • Jika jujukan teks biasa yang sama didedahkan kepada pelbagai proses persembahan, tidak ada tanggapan yang ia akan dipersembahkan dengan penampilan yang sama.
  • Sebaliknya, proses persembahan yang pelbagai hanya diperlukan untuk membuat teks itu mudah dibaca mengikut cara pembacaan yang ditetapkan.
  • Kriterion mudah baca ini mengehadkan jajaran penampilan.
  • Hunung kait penampilan dan kandungan teks biasa dapat diringkaskan seperti berikut: Teks biasa mesti mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan teks dipersembahkan untuk mudah dibaca, dan tidak untuk maksud lain.
  • Piawai Unikod mengekod teks biasa.
  • Perbezaan antara teks biasa dan bentuk-bentuk data lain dalam strim data yang sama ialah fungsi protokol lebih tinggi dan tidak ditetapkan oleh Piawai Unikod itu sendiri.[4]

Penggunaan sunting

Tujuan penggunaan teks biasa ialah untuk menjadi bebas daripada program-program yang memerlukan cara pengekodan atau pemformatan tersendiri, dan daripada isu-isu reka bentuk komputer seperti tertib bait dan lain-lain. Fail-fail teks biasa dapat dibuka, dibaca, dan disunting dengan pelbagai penyunting teks dan perkakas perisian utiliti lain. Contoh-contoh termasuk Notepad, (Windows) edit (DOS), ed, emacs, vi, vim, Gedit atau nano (Unix, Linux), SimpleText (Mac OS), atau TextEdit (Mac OS X).

Banyak lagi program komputer yang mampu memproses ataupun membuat teks biasa, seperti perintah-perintah DOS, Windows, MacOS, dan Unix serta program seakan-akannya; dan juga pelayar web (beberapa pelayar seperti Lynx dan Line Mode Browser (Pelayar Mod Baris, LMB atau www) hanya memaparkan teks biasa.

Fail-fail teks biasa adalah universal dalam pengkomputan; hampir semua fail kod sumber yang mengandungi arahan dalam sebuah bahasa pengaturcaraan merupakan fail teks biasa. Teks biasa juga sering digunakan buat fail konfigurasi yang dibaca untuk mendapatkan ketetapan yang disimpan pada permulaan sesebuah program, dan juga untuk e-mel.

Rujukan sunting

  1. ^ Coombs, James H.; Renear, Allen H.; DeRose, Steven J. (November 1987). "Markup systems and the future of scholarly text processing". Communications of the ACM. ACM. 30 (11): 933–947. doi:10.1145/32206.32209.
  2. ^ The Unicode Standard, version 6.1, General Structure, page 14
  3. ^ The Unicode Standard, version 6.1, General Structure, page 14
  4. ^ The Unicode Standard, version 6.1, General Structure, page 15