Tektonik plat

Plat tektonik adalah segmen keras kerak bumi yang disokong oleh bahan leburan yang dikenali sebagai magma di bawahnya. Disebabkan ini maka plat tektonik ini bebas untuk mengelongsor antara satu sama lain. Pergerakan antara plat tektonik ini tidak berlaku secara perlahan-lahan sebaliknya pergeseran antara tanah dan batu yang membentuk sempadan plat tektonik menyebabkan pergeseran itu berlaku tersentak-sentak. Pergerakan inilah yang menyebabkan berlakunya gempa bumi.

Plat tektonik

Daratan dan juga dasar lautan akan secara perlahan-lahan dibawa ke arah kedudukan baru apabila plat beralih. Sempadan plat ditandakan melalui lingkaran gempa bumi dan rangkaian gunung berapi.

Memandangkan purata garis lurus bumi ialah 6,378 kilometer, jumlah permukaan bumi ialah lebih kurang 511,200,000 kilometer persegi. Kurang 30 peratus daripada permukaan bumi ialah tanah. 70 peratus daripada permukaan bumi diliputi oleh air.

Plat-plat utama yang melitupi seluruh kerak sfera bumi adalah Plat Afrika, Plat Antartika, Plat Indo-Australia, Plat Eurasia (meliputi Asia dan Eropah), Plat Amerika Utara (meliputi Amerika Utara dan Siberia timur laut), Plat Amerika Selatan dan Plat Pasifik.[1]

RujukanSunting

  1. ^ "Pengertian Tektonik Lempeng, Jenis dan Pembagiannya". Portal Ilmu. 2019-07-26. Dicapai pada 25 September 2020.