Telani dan Telanai

Telani dan Telanai merupakan satu kisah cerita lisan penduduk Langkawi.

Kisah Telani dan Telanai bolehlah dikatakan satu mitos penciptaan atau kisah budaya rakyat yang cuba menerangkan sesuatu hal atau perkara pada awal permulaan, bagaimana dunia yang mereka lihat berlaku dan bagaimana mereka mula mengetahuinya. Mitos penciptaan biasanya merupakan tradisi lisan dan bentuk mitos paling biasa dikalangan semua buidaya dunia. Mitos ini biasanya dianggap menceritakan hal sebenar, sungguhpun tidak dari segi sejarah atau kesasteraan, sebaliknya dianggap memberi aturan kepada keadaan kucar-kacir.

Telani dan Telanai mengisahkan mengenai percintaan di antara seorang dayang istana bernama Telani dengan kekasihnya, Telanai, seorang pahlawan. Selepas mengalami malapetaka berturut-turut, Sultan yang mendapat tahu mengenai hubungan tersebut telah menyalahkan hubungan dayang istananya itu sebagai punca malapetaka tersebut.

Sultan kemudiannya telah memerintahkan Telani dibuang daerah ke sebuah pulau yang sunyi iaitu Pulau Dayang Bunting. Di situ Telani telah melahirkan seorang anak lelaki. Tidak lama kemudian, Telanai pun belayar menuju ke pulau tersebut bagi mengubati rindunya terhadap Telani dan anaknya. Semasa pelayarannya, secara tiba-tiba, kilat sambar-menyambar bersertakan guruh-gemuruh. Anak Telani yang sedang nyenyak tidur di pinggir tasik terjaga ketakutan, lalu terjatuh ke dalam tasik itu. Setelah kabus hilang, Telanai telah bertukar rupa menjadi sebuah pulau yang kini dikenali sebagai Pulau Tajai, sementara Telani pula menjelma sabagai batu besar di tempat dia menangis. Menurut cerita , seekor buaya putih kerap cerita muncul berenang di antara Pualau Tajai dan batu besar itu. Dikatakan bahawa buaya itu adalah jelmaan anak pasangan kekasih tersebut.


Pautan luar sunting