Telepuk laut atau lili laut merupakan hidupan laut dalam kelas Crinoidea[3] filum Echinodermata[4] yang mencakupi tapak sulaiman, gamat dan landak laut.[5] Ia hidup di kawasan perairan cetek dan dalam[6] sedalam 9,000 meter (30,000 ka),[7]

Telepuk laut
Lili laut
Julat zaman: Ordovisi - Kini[1]
Telepuk laut pada batu karang di pulau Batu Moncho, Indonesia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Crinoidea

Miller, 1821[2]
Subkelas

Articulata (540 spesies)
Cladida
Flexibilia
Camerata
Disparida

Jimbacrinus bostocki

Lebih 600 spesies dalam kelas ini masih wujud pada hari ini.[8] Telepuk laut boleh ditemukan di terumbu karang Pulau Sibuan terletak di bahagian barat laut Taman Marin Tun Sakaran pantai timur Sabah, Malaysia.[9] Ia juga ditemukan di terumbu-terumbu selatan pulau Singapura.[4]

Taksonomi sunting

Nama kelas "Crinoidea" datang daripada kata bahasa Yunani κρίνον krínon "lili" dan εἶδος eidos "bentuk".[10][11]

Anatomi sunting

Badan asas telepok laut ialah batang dan mahkota terdiri daripada badan tengah berbentuk seperti cawan iaitu theca, dan lima lengan yang bercabang atau berbulu. Mulut dan dubur terletak di sebelah atas theca tidak seperti mulut ekinoderma-ekinoderma lain yang terletak di sebelah bawah badan.[12]

Lengan telepuk laut bercabang beberapa kali menghasilkan sehingga dua ratus lengan keseluruhannya. Lengan-lengan ini boleh menggulung. Lengan-lengan ini mempunyai anak lengan memberi rupa seperti bulu pelepah; anak-anak lengan ini ada silium yang membantu memindahkan partikel organik seperti plankton masuk ke dalam mulut.[13]

Tabiat sunting

Kebanyakan telepuk laut keluar mencari makan pada waktu malam, dan menyorok dalam karang pada waktu siang.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Zamora, Samuel; Rahman, Imran A.; Ausich, William I. (2015). "Palaeogeographic implications of a new iocrinid crinoid (Disparida) from the Ordovician (Darriwillian) of Morocco". PeerJ. 3: e1450. doi:10.7717/peerj.1450. PMC 4675106. PMID 26664800.
  2. ^ Hansson, Hans (2012). "Crinoidea". World Register of Marine Species. LifeWatch Belgium. 123081. Dicapai pada 30 Januari 2013. Cite has empty unknown parameter: |db= (bantuan)
  3. ^ Pusat Rujukan Persuratan Melayu Capaian 25 Jun 2013
  4. ^ a b c Tan, Ria (April 2020). "Feather stars". Wild Singapore. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  5. ^ Ruppert, Edward E.; Fox, Richard, S.; Barnes, Robert D. (2004). Invertebrate Zoology (ed. ke-7). Cengage Learning. m/s. 917–918. ISBN 978-81-315-0104-7.
  6. ^ Zmarzly, D.L. (1985). "The Shallow-Water Crinoid Fauna of Kwajalein Atoll, Marshall Islands: Ecological Observations, Interatoll Comparisons, and Zoogeographic Affinities". Pacific Science. 39: 340–358. hdl:10125/941.
  7. ^ Oji, T.; Ogawa, Y.; Hunter, A. W. & Kitazawa, K. (2009). "Discovery of Dense Aggregations of Stalked Crinoids in Izu-Ogasawara Trench, Japan". Zoological Science. 26 (6): 406–408. doi:10.2108/zsj.26.406. PMID 19583499. S2CID 5991969.
  8. ^ Kellogg, Derek; Fautin, Daphne G. (2001). "Crinoidea". Animal Diversity Web. Muzium Zoologi Universiti Michigan. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  9. ^ "Church Reef". Sipadan.com. 2022. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  10. ^ Webster's New Universal Unabridged Dictionary. edisi ke-2. 1979.
  11. ^ "crinoid". Kamus Etimologi Dalam Talian.
  12. ^ O'Hara, Timothy; Byrne, Maria (2017). Australian Echinoderms: Biology, Ecology and Evolution. Csiro Publishing. m/s. 171–180. ISBN 978-1-4863-0763-0.
  13. ^ Ruppert, Edward E.; Fox, Richard, S.; Barnes, Robert D. (2004). Invertebrate Zoology (ed. ke-7). Cengage Learning. m/s. 917–927. ISBN 978-81-315-0104-7.

Pautan luar sunting

  • (Inggeris) Crinoidea di Tree of Life Web Project
  • (Inggeris) Crinoidea di Katalog Kehidupan