PT Telkom Indonesia, Tbk. (Telkom Indonesia atau Telkom sahaja) (NYSE: TLK, LSE: TKID, IDX: TLKM)[1] ialah sebuah syarikat maklumat dan komunikasi serta pembekal perkhidmatan dan rangkaian telekomunikasi di Indonesia. Telkom mendakwa sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Indonesia, dengan jumlah pelanggan telefon tetap sebanyak 15 juta dan pelanggan telefon bimbit (Flexi) sebanyak 50 juta.

PT Telkom Indonesia Tbk
Jenis/bentuk sah Awam (NYSE: TLK)
ISINID1000129000
US7156841063 Sunting ini di Wikidata
IndustriMaklumat & Komunikasi
Ditubuhkan23 Oktober 1856; 167 tahun yang lalu (1856-10-23)
Ibu pejabatPejabat Pusat di Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Tokoh pentingRiriek Adriansyah, Presiden Pengarah
KeluaranFixed Telephone, Cellular, Applications, Content, Data Communications, Property and Construction
Hasil IDR 136,5 Trilion (2020)
PemilikKerajaan Indonesia
Anak syarikatLihat Anak syarikat
Tapak webhttps://www.telkom.co.id/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Telkom merupakan salah satu BUMN yang sahamnya saat ini adalah dimiliki oleh Kerajaan Indonesia (RI) (51,19%) dan oleh orang awam sebanyak 48,81%. Sebahagian besar pemilikan saham awam (45,58%) adalah dimiliki oleh pelabur asing, dan selebihnya (3,23%) oleh pelabur dalam negeri. Telkom juga menjadi pemegang saham majoriti di 9 anak syarikat, termasuk PT Telekomunikasi Selular (Telkomsel).

Presiden Pengarah Telkom sekarang ialah Ririek Adriansyah yang dilantik berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung Pemegang Saham (AGM) Telkom bagi Tahun Kewangan 2018 pada 24 Mei 2019.

Sejarah sunting

Era penjajahan sunting

 

Pada tahun 1882, didirikan sebuah badan usaha swasta pembekal perkhidmatan pos dan telegraf. Perkhidmatan komunikasi kemudian dikonsolidasikan oleh Kerajaan Hindia Belanda ke dalam jawatan Post Telegraaf Telefoon (PTT). Sebelumnya, pada tarikh 23 Oktober 1856, bermula Operasi perkhidmatan perkhidmatan telegraf elektromagnet pertama yang menghubungkan Jakarta (Batavia) dengan Bogor (Buitenzorg). Pada tahun 2009 momen bersejarah tersebut dijadikan sebagai patokan hari lahir PT. Telkom Indonesia.

PN Postel sunting

Pada tahun 1961, status jawatan diubah menjadi Perusahaan Negara Pos dan Telekomunikasi (PN Postel). Kemudian pada tahun 1965, PN Postel dipecah menjadi Syarikat Negara Pos dan Giro (PN Pos & Giro (Kini PT. (Persero) Pos Indonesia)) dan Syarikat Negara Telekomunikasi (PN Telekomunikasi).

Perumtel sunting

 

Pada tahun 1974, PN Telekomunikasi diubah namanya menjadi Perusahaan Umum Telekomunikasi (Perumtel) yang menyelenggarakan jasa telekomunikasi nasional maupun antarabangsa. Tahun 1980 semua saham PT Indonesian Satellite Corporation Tbk. (Indosat) diambil alih oleh Kerajaan Republik Indonesia menjadi Badan Usaha Milik Negara Indonesia (BUMN) untuk menyelenggarakan Jasa Telekomunikasi antarabangsa, terpisah dari Perumtel. Pada tahun 1989, ditetapkan undang-undang Nombor 3 Tahun 1989 tentang Telekomunikasi, yang juga menetapkan peranan swasta dalam penyelenggaraan telekomunikasi.

PT. Telekomunikasi Indonesia (Persero) sunting

 

Pada tahun 1991 PERUMTEL berubah bentuk menjadi Syarikat Perseroan (Persero) Telekomunikasi Indonesia atau PT. (Persero) Telkom Indonesia berdasarkan Peraturan Pemerintah (PP) RI Nombor 25 Tahun 1991.

PT. Telekomunikasi Indonesia Tbk sunting

 

Pada tarikh 14 November 1995 dilakukan Penawaran Umum Perdana saham Telkom. Sejak itu saham Telkom tercatat dan tersenarai dalam Bursa Saham Jakarta (BEJ), Bursa Efek Surabaya (BES), Bursa Saham New York (NYSE) dan Bursa Saham London (LSE). Saham Telkom juga tersenarai tanpa pencatatan di Bursa Saham Tokyo.

Tahun 1999 ditetapkan undang-undang Nombor 36 Tahun 1999 tentang Penghapusan Monopoli Penyelenggaraan Telekomunikasi. Memasuki abad ke-21, Kerajaan Indonesia melakukan diregulasi di sektor telekomunikasi dengan membuka persaingan pasaran bebas. Dengan demikian, Telkom tidak lagi memonopoli telekomunikasi Indonesia.

Tahun 2001 Telkom membeli 35% saham Telkomsel dari PT Indosat sebagai sebahagian daripada pelaksanaan penstrukturan industri perkhidmatan telekomunikasi di Indonesia yang ditandai dengan penghapusan kepemilikan bersama dan kepemilikan silang antara Telkom dan Indosat. Sejak bulan September 2002 terjadi duopoli penyelenggaraan telekomunikasi tempatan.

Pada 23 Oktober 2009, Telkom melancarkan "New Telkom" ("Telkom baru") yang ditandai dengan penggantian identiti syarikat.

Perkhidmatan sunting

Telkom menyediakan jasa telefon tetap Kabel (fixed wireline), perkhidmatan telefon tetap wayarles (fixed wireless), perkhidmatan telefon bergerak (mobile service), data/internet serta perkhidmatan multimedia lain.

Berikut adalah beberapa perkhidmatan telekomunikasi Telkom:

Telepon, data, dan Internet sunting

  • IndiHome Fiber merupakan layanan Triple Play dari Telkom dengan teknologi 100% fiber yang terdiri dari Internet Fiber atau High Speed Internet (Internet Cepat), Interactive TV (UseeTV) dan Phone (Telepon Rumah)
  • Telepon tetap (PSTN): layanan telepon tetap yang pernah menjadi monopoli Telkom di Indonesia
  • Flexi: layanan telepon, data dan internet berbasis fixed wireless CDMA
  • TelkomNet Instan: layanan akses internet dial up
  • TelkomNet Astinet: layanan akses internet berlangganan dengan fokus perusahaan
  • Speedy: layanan akses internet dengan kecepatan tinggi (broad band) menggunakan teknologi ADSL
  • e-Business (i-deal, i-manage, i-Settle, i-Xchange, TELKOMWeb Kiostron, TELKOMWeb Plazatron)
  • Solusi Enterprise - INFONET
  • TELKOMLink DINAccess
  • TELKOMLink VPN IP: layanan komunikasi data any to any connection berbasis IP MPLS.
  • TELKOMNet Whole Sale (VPN Dial): Layanan akses dial up ke intranet suatu perusahaan yang dilakukan secara remote dan mobile melalui jaringan data berbasis TCP IP (MPLS/tunneling) pada TELKOMNet.
  • TELKOM ISDN: jaringan digital yang menyediakan layanan telekomunikasi multimedia, merupakan pengembangan dari sistem telepon yang telah terintegrasi.
  • e-Health: layanan solusi untuk entitas kesehatan yang meliputi sistem informasi dan aplikasi (ePuskesmas, ePharmacy, HIE (Health Information Exchange).[2]

Satelit sunting

Televisi berlangganan berbasis protokol internet sunting

Pembahagian sunting

  • IS Center, Information System Center
  • INFRATEL, Infrastructure Telecommunication
  • RD Center, Research & Development Center
  • HR Center, Human Resources Development Center
  • MS Center, Maintenance Service Center
  • Divisi CIS, Carrier Intercarrier Service
  • DMM, Multimedia
  • Dives, Divisi Enterprise
  • Divre, Divisi Regional, terdiri daripada 7 Divre iaitu Divre 1 Sumatera, Divre 2 Jakarta, Divre 3 Jawa Barat, Divre 4 Jawa Tengah & DIY, Divre 5 Jawa Timur, Divre 6 Kalimantan, Divre 7 Kawasan Timur Indonesia. (Dalam proses penstrukturan)
  • DTF, Divisi Telkom Flexi
  • MC Center, Management Consulting Center
  • Learning Center

Anak syarikat sunting

Rencara utama: Telkom Group

Anak-anak syarikat Telkom membentuk kumpulan perniagaan yang dinamakan Kumpulan Telkom yang ditandakan dengan logo Telkom pada setiap logo setiap anak syarikat.

Syarikat pekerja sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Telkom Indonesia's profile page". Dicapai pada 12 August 2011.
  2. ^ U Doctor

Pautan luar sunting