Sepanggar

(Dilencongkan dari Teluk Sepanggar)

Sepanggar merupakan salah satu subdaerah yang terletak di tepi pantai barat bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasinya cukup cantik, menarik dan strategik kerana terdapat kawasan bukit di tepi pantai Teluk Sepanggar. Ahli Parlimen bagi Sepanggar (P.171) ialah Dato' Mohd Azis Hj. Jamman dari Parti Warisan Sabah.[1] Kawasan parlimen Sepanggar dibahagi kepada dua DUN, iaitu Karambunai (N.12) dan Inanam (N.13).

Di sini terdapat kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Latihan simulasi kapal selam TLDM ditempatkan di kem ini. Dua buah kapal selam jenis Scorpene yang dibina di Sepanyol ditempatkan di limbungan Teluk Sepanggar. Kapal selam ini diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

Pendidikan sunting

Pengajian tinggi

Sekolah menengah:

Sekolah rendah:

Tempat Menarik sunting

  • Kokol Haven Resort
  • Air Terjun Kionsom
  • Kampung Budaya Mari Mari
  • Menara Tun Mustapha
  • Akuarium Muzium Marin (UMS)
  • 1Borneo Hypermall

Rujukan sunting