Teman 2 ialah musim kedua siri Teman yang disiarkan di 8TV. Belinda Chee dikekalkan sebagai pengacara, kali ini beliau diiringi Melissa Maureen yang mengganti tempat Mimi Rahzia. Berbeza daripada musim sebelumnya yang hanya melancong dalam Malaysia sahaja, Teman 2 akan mengunjungi tempat-tempat menarik di negara-negara lain yang serantau.

Rancangan ini ditaja dan disokong oleh Procter & Gamble melalui produk Olay White Radiance, dan di setiap episod diberikan tip-tip kesihatan kulit berkenaan produk ini.

EpisodSunting

# Tarikh Lokasi Sinopsis
1 16 April 2008 Kuala Lumpur,
  Malaysia
Bel dan Mel menjamu selera di Damansara Uptown, membeli-belah di The Gardens, Mid Valley dan pasar malam Cheras, menikmati matahari terbit dari Bukit Tabur, dan memanjat tembok di 1 Utama.[1]
2 23 April 2008 Pulau Pangkor, Perak
  Malaysia
Dengan menaiki feri dari Lumut, Bel dan Mel tiba di Pangkor dan di situ mereka melawat kilang sate ikan, Tokong Foo Lin Kong dan "Tembok Besar China mini" yang berhampiran, Kubu Belanda, serta mencuba kegiatan jet ski, mensnorkel dan urut tradisional.[2]
3 30 April 2008 Bangkok,
  Thailand
Mel tidak dapat menemani Bel kerana ada urusan penting, jadi Bel ditemani oleh Sawitri Rochanapruk, seorang gadis "Asia’s Perfect 10" Olay White Radiance, untuk bersiar-siar di terikan pelancong ibu negara Thai termasuk Sungai Chao Phraya, Istana Diraja Bangkok, Kuil Buddha Zamrud, kediaman raja sutera Jim Thompson dan lain-lain lagi.[3]
4 7 Mei 2008 Tasik Kenyir, Terengganu
  Malaysia
Mel mengelilingi tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini keseorangan, menjejak kaki ke dalam kolam di Santuari Ikan Kelah, dan menanam tanaman sendiri di Taman Herba serta menemui bekas perkampungan di dasar tasik![4]
5 14 Mei 2008   Singapura Bel dan Mel bertemu semula, menaiki bas ke syurga beli-belah di selatan dan sebaik tiba di sana, mereka bergabung dengan Andrea Fonseka, seorang gadis "Asia's Perfect 10". Antara tempat-tempat menarik yang dikunjungi termasuk Singapore Flyer, roda feris terbesar di dunia, Zoo Singapura, dan Pulau Sentosa.[5]
6 21 Mei 2008 Taman Negara Mulu, Sarawak,
  Malaysia
Teman membawa penonton ke negeri asal Bel untuk menikmati keindahan alam semula jadi, dari menunggang all-terrain vehicle ke menembak dengan meniup sumpit dan melalui Gua Angin dan Gua Air Jernih.[6]
7 28 Mei 2008 Pulau Sipadan, Sabah,
  Malaysia
Mel dan Bel berseronok di pusat penyelam terkemuka ini, menginap di vila dan belajar menyelam agar dapat bersemuka dengan hidupan laut di dasar lautan.[7]
8 4 Jun 2008 Taman Negara, Pahang,
  Malaysia
Bel dan Mel mengembara di hutan hujan tropika tertua di dunia, menaiki bot rapids shooting, melawat perkampungan orang asli, dan bersiar-siar di hutan pada waktu malam.[8]
9 11 Jun 2008 Bali,
  Indonesia
Di percutian luar negara terakhir mereka musim ini, Bel dan Mel bermain dengan gajah di Taman Safari Gajah Taro, sebelum ditemani Nirina Zubir dan Fauzi Baadilah untuk menikmati persembahan kebudayaan tarian kecak dan pemandangan dasar laut dari dalam kapal selam.[9]
10 18 Jun 2008 Kuala Lumpur,
  Malaysia
Bel dan Mel membawa Nirina dan Fauzi kembali ke tanah air, bersama-sama memanjat batuan di Batu Caves, bermain dengan burung di Taman Burung Kuala Lumpur, menjalani rawatan kulit ikan di Pavilion, dan makan di Menara KL. Pada keesokan hari selepas berpisah dengan teman seberang, Bel dan Mel bersarapan buat julung kali dalam rancangan, di kopitiam Old Town.[10]

Program ini akan diterbitkan oleh produser muda yang tidak asing lagi Jafni Abu Bakar yang telah berjaya mencorak banyak program di stesen tersebut yang turut menerbitkan program Mystarz LG, Tv3 SK-II Songket A Journey To Remember dan Selamba Serius NTV7

RujukanSunting

Pautan luarSunting