Teman Lelaki Upahan

Teman Lelaki Upahan merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 yang ditayangkan di slot Akasia TV3, diadaptasi dari novel 2014 dengan judul sama karya Azura Rasiddin. Drama ini diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof, dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz dan Siti Elizad (dikreditkan sebagai Elizad Sharifuddin), ia bersiaran dari 9 Februari 2015 hingga 26 Mac 2015 menggantikan Istikharah Cinta.[1]

Teman Lelaki Upahan
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Azura Rasiddin
PenciptaAzura Rasiddin
Ditulis olehMufid Shuhaimi
Pengarah
Dibintangi oleh
Ungku Ismail Aziz
Siti Elizad
Lagu pembukaan"Rahsia" oleh Ippo Hafiz
Lagu penutup"Rahsia" oleh Ippo Hafiz
PenggubahAG Coco, Azma Aizal Yusoof
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
PenerbitZulkiflee Mohd Said
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080p (HDTV)
Format audioStereo
Siaran asal9 Februari 2015 – 26 Mac 2015
Kronologi
MengikutiIstikharah Cinta
Diikuti olehHati Perempuan

Sinopsis sunting

Teman Lelaki Upahan mengisahkan EL (Ungku Ismail Aziz), pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia (Elizad Sharifuddin). Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, EL terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zarra (Izara Aishah) berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zarra yang mengandung.

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zarra cinta pertama pada EL. Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Alleya Edwan sebagai Kalisha
  • Khayrisyah Kemal sebagai Kyra Lydia 10 tahun
  • Khayreena Kemal sebagai Kyra Lydia 5 tahun

Penampilan khas sunting

Muzik dan runut bunyi sunting

Sumber[3]
No.TajukArtisMasa
1."Angin Kencang"Noh Salleh
2."Rahsia"Ippo Hafiz-:--
3."Sempurna Waktu"IR Radzi-:--
4."Maafkan Aku"IR Radzi-:--
5."Sendiri"Nadia Aqilah Bajuri-:--
6."Sang Penikam"Noh Salleh-:--
7."Indah Selamanya"Nastia-:--
8."Ku Jatuh Cinta"SAJA-:--
9."Sampai Bila Bila"3SIXTY-:--
10."Hujan Sepi"Ippo Hafiz-:--
11."Terlalu Istimewa"Rudy-:--
Jumlah masa: -:--


Rujukan sunting

  1. ^ Episod Akhir Teman Lelaki Upahan Hari Ini Rotikaya (26 Mac 2015). Dicapai pada 1 April 2015.
  2. ^ a b Sejenak Bersama Bintang Teman Lelaki Upahan EH!. Dicapai pada 1 April 2015.
  3. ^ OST dan lagu drama teman Lelaki Upahan Rain Fall Asleep. Dicapai pada 1 April 2015.

Pautan luar sunting

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6:55 petang
Sebelumnya Teman Lelaki Upahan Berikutnya
Istikharah Cinta Hati Perempuan