Temasek, (Hanacaraka: ꧋ꦡꦸꦩꦯꦶꦑ꧀꧈; Jawi: تماسيق; Hanzi: 單馬錫; Pinyin: Dānmǎxí; Pe̍h-ōe-jī: Tan-má-sek) atau 'Bandar Laut', merupakan nama asal negara Singapura. Ia bertukar menjadi Singha Pura ('Bandar Singa' dalam Sanskrit) pada awal kurun ke-14 Masihi. Nama ini dikatakan diberikan oleh Sang Nila Utama apabila dia melawat pulau ini pada 1299 dan ternampak kelibat seekor haiwan yang disangkanya singa.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.