Tembok Dubrovnik (Croatia: Dubrovačke gradske zidine) merujuk pada satu siri tembok batu pertahanan yang mengelilingi dan melindungi penduduk negara kota maritim Dubrovnik (Ragusa), yang terletak di selatan Croatia. Sebelum republik ini diasaskan pada kurun ke-7, kota ini dikenali sebagai sebuah castrum Byzantium yang terletak di atas sebuah pulau berbatu bernama Laus (Ragusia atau Lave).[Note 1][1] Setelah beberapa penambahan dan pengubahsuaian di sepanjang sejarahnya, tembok ini dianggap sebagai di antara sistem pertahanan hebat dari Zaman Pertengahan, apabila kota ini tidak pernah bejaya ditawan oleh tentera penceroboh.[2]Pada tahun 1979, bandar lama Dubrovnik, yang merangkumi sebahagian besar dari dinding lama Dubrovnik, menyertai senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[3][4]

Tembok Dubrovnik
Dubrovačke zidine
Dubrovnik Dalmatia
Croatia
Tembok Dubrovnik dan Menara Minčeta
Tembok Dubrovnik is located in Bumi
Tembok Dubrovnik
Tembok Dubrovnik (Bumi)
Koordinat42°38′24″N 18°06′29″E / 42.640°N 18.108°E / 42.640; 18.108
JenisTembok
TinggiSehingga 25 m (80 kaki)
Maklumat tapak
PemilikKota Dubrovnik, Croatia
Dikawal olehRepublik Ragusa (Dubrovnik)
Dibuka kepada
orang awam
Setiap hari 9 pagi–5 petang (May-pertengahan Oktober sehingga 7 petang)
StatusDijaga dengan baik atau masih elok
Sejarah tapak
DibinaKurun ke-7 ke–
Defined in the 14th century
Dibina olehPenduduk Dubrovnik
Arkitek yang terlibat:
BahanBatu kapur
PeristiwaPeristiwa bukan pertempuran yang penting:
  • Penubuhan Republik pada tahun 1358
  • Gempa bumi pada 1667
  • Marshal Marmont memansuhkan Republik Ragusa pada 1808

Sistem perkubuan tertua mengelilingi bandar kemungkinannya ranjau kayu.[5] Masa kini, tembok bandar yang utuh dibina kebanyakannya sekitar kurun ke-12–17,[6] kebanyakannya dua lapis, telah lama menjadi kebanggaan bagi Dubrovnik.[3] Tembok tersebut tersergam tanpa putus sekitar panjang 1,940 meter (6,360 ka), mengelilingi kebanyakan bandar lama, dan mencapai tahap tertinggi sekitar 25 meter (82 ka).[3] Sebahagian besar tembok dan perkubuan sedia ada telah dibina semasa kurun ke-14 dan 15, tetapi telah disambung dan diperkukuhkan sehingga kurun ke 17.[5]

Struktur kompleks ini, di antara yang terbesar dan paling lengkap di Eropah, melindungi kebebasan dan keselamatan sebuah republik "bertamadun" dan "canggih" yang berkembang dengan damai dan kemakmuran selama lima abad.[Note 2][7] Tembok ini diperkukuh oleh tiga menara bulat dan 14 menara segi empat, lima benteng (bulwark), dua benteng sudut dan Kubu St. John yang besar. Tembok Arah Daratan juga diperkukuh oleh satu benteng yang lebih besar dan sembilan bulah separuh bulatan yang lebih kecil, seperti pelindung meriam Kubu Bokar, kubu tertua yang masih kekal di Eropah.[8] Satu perparitan yang melingkari bahagian luar tembok kota yang bersenjata dengan lebih daripada 120 meriam, menjadikan pertahanan bandar yang hebat.[9]

Nota sunting

  1. ^ "...city's founding before the 7th century as a Byzantium castrum on a rocky island named Laus..." The 7th century recorded by Constantine Porphyrogenitus as city's founding was probably the last act of peoples movement to Ragusia settlement, hurried by Slavs migration into these areas.
  2. ^ "..., protected the freedom and safety of a "civilised" and "sophisticated" republic that flourished in peace and prosperity for five centuries." This sentence refers to the time of the Republic of Ragusa from 1358 to 1808. However, walls protected the city of Dubrovnik, before and after that particular time period.

References sunting

  1. ^ Milić, Bruno (1995). Razvoj grada kroz stoljeća II, Srednji vijek (dalam bahasa Croatian). Zagreb: Školska knjiga. m/s. 242–245. ISBN 953-0-31641-0.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "The City Walls, Bastions and Gates Pile & Ploče". Inyourpocket.com. In Your Pocket City Guides. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-17. Dicapai pada 2009-11-04.
  3. ^ a b c "Dubrovnik". Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica, Inc. Dicapai pada 2009-11-06.
  4. ^ "Old City of Dubrovnik". World Heritage. UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 2009-11-04.
  5. ^ a b Oliver, Jeanne. "Dubrovnik's Walls". Croatiatraveller.com. Global Kinesis, Inc. Dicapai pada 2009-11-04.
  6. ^ Hrvatski opći leksikon (dalam bahasa Croatian). Zagreb: Miroslav Krleža Lexicographical Institute. 1996. ISBN 953-6036-62-2. Missing or empty |title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Oliver, Jeanne (2007). Croatia (ed. 4th). Lonely Planet. m/s. 227–229. ISBN 978-1-74104-916-9.
  8. ^ "City walls of Dubrovnik" (PDF). Geographica d.o.o. Dicapai pada 2009-11-04.
  9. ^ "The city walls". Diu.hr. Dubrovnik International University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-23. Dicapai pada 2009-11-04.

Main sources sunting

External links sunting