Hanyangdoseong (Hangul: 한양도성; Hanja: 漢陽 都城), atau secara harfiah Tembok Kota Seoul adalah siri tembok yang diperbuat daripada batu, kayu dan bahan lain, yang dibina untuk melindungi kota Seoul daripada penceroboh. Tembok tersebut pertama kali dibina pada tahun 1396 untuk mempertahankan dan memperlihatkan sempadan-sempadan kota, sekitar Hanyang (Hangul: 한양; hanja: 漢陽; nama lama untuk Seoul) semasa Dinasti Joseon . Pada masa itu, ia dipanggil Hansung (hangul: 한성; hanja: 漢城). Tembok tersebut terbentang sepanjang 18.6 km di sepanjang rabung keempat-empat gunung di Seoul iaitu Baegaksan, Naksan, Namsan, dan Inwangsan. Pada masa kini, sebahagian 12 km daripada tembok tersebut ditetapkan sebagai Tapak Bersejarah No. 10 (1963) dan dilindungi dengan sewajarnya, bersama-sama dengan pintu gerbang, pintu air, dan tempat isyarat api. Tembok utara, timur, dan selatan bahagian Gunung Nam (Namsan) telah mengalami kerja pemulihan secara meluas akibat mengalami kerosakan berterusan atau telah musnah sepenuhnya semasa pemerintahan empayar Jepun (1910-1945).

Hanyangdoseong (Tembok Kota Seoul)
Nama Korea
Hangul /
Hanja / 서울
Perumian SemakanHanyangdoseong / Seoulseonggwak
McCune–ReischauerHanyangdosong / Seoulsongkwak

Seoul kini membuat lawatan jejak Hanyangdoseong untuk pelancong.

[1]

Kekotaan sunting

Pada tahun 1395, hanya lima tahun selepas Raja Taejo mengasaskan Dinasti Joseon, Raja Taejo telah menubuhkan sebuah pejabat kerajaan, Doseongchukjoedogam (hangul: 도성 축조 도감; hanja: 都城 築 造 都 監) untuk membina sebuah kubu kota untuk mempertahankan Seoul. Baginda mengarahkan Jeong Do-jeon untuk mencari dan mengukur tapak yang sesuai.

Pada hari pertama bulan pertama 1396 (takwim qamari Joseon), Taejo mengadakan upacara pecah tanah. Seramai 197,400 orang lelaki muda ditempatkan di bawah pengerahan awam selama dua tahun dan menyiapkan struktur kubu tersebut 98 hari selepas perang di sepanjang pegunungan Bugaksan, Naksan, Namsan, dan Inwangsan. Tembok itu mempunyai lapan gerbang, yang semuanya dibina pada tahun 1396 dan 1398.

Ciri-ciri sunting

 
Hanyangdoseong di Taman Tembok Kota dan & Taman Naksan, Seoul

Tembok asli, yang dibina pada akhir abad ke-14 dibina daripada batu bulat bersaiz sederhana yang dilekap bersama oleh lumpur. Semasa pemerintahan Raja Sejong Agung pada pertengahan abad ke-15, kerja-kerja pengubahsuaian besar-besaran telah dilakukan pada tembok tersebut, termasuk penggantian bahagian dinding tanah dengan bahagian batu segi empat tepat.[1] Pemulihan utama pada tahun 1704 oleh Raja Sukjong membina semula bahagian-bahagian dinding dengan menggunakan bidur batu yang besar dan seragam yang menjadikannya ciri tambahan unik terakhir Hanyangdoseong.[2]

Bahagian timur Seoul berada di aras bawah berbanding bahagian lain dan lebih mudah terdedah kepada serangan luaran. Oleh itu, peninjau telah ditambahkan ke luar pintu masuk untuk memperkuat pertahanannya. Sebahagian daripada dinding di bahagian antara Heunginjimun dan Gwanghuimun diperluaskan di bahagian luar dalam bentuk segi empat tepat untuk tujuan sedemikian. Guar isyarat api, komponen lain sistem pertahanan, pertama kali dipasang pada tahun 1394 dan terus beroperasi hingga 1894. Isyarat bertujuan dihantar ke seluruh negara dari satu guar ke guar yang lain, menggunakan asap pada waktu siang dan api pada waktu malam, dan kemudian diterima dalam bentuk suar di puncak Namsan dan disampaikan ke Istana Raja.

Gerbang sunting

 
Gerbang Sungnyemun, Seoul

Empat gerbang utama dan empat gerbang tambahan dibina di sekitar Seoul pada akhir abad ke-14. Empat gerbang utama ialah Heunginjimun (Gerbang Timur), Donuimun (Gerbang Barat), Sungnyemun (Gerbang Selatan), dan Sukjeongmun (Gerbang Utara). Keempat-empat gerbang tambahan pula diletakkan di antara empat gerbang utama, dengan Souimun (di barat daya), Changuimun (di barat laut), Hyehwamun (di timur laut), dan Gwanghuimun (di tenggara).

Pada masa ini, pintu-pintu gerbang berikut dipelihara dalam bentuk asalnya atau telah menjalani kerja pemulihan: Sungnyemun (Gerbang Selatan) dan Heunginjimun (Gerbang Timur) masing-masing ditetapkan sebagai Khazanah Negara No. 1 dan Khazanah No. 1. [1]

Keadaan sunting

 
Hanyangdoseong, yang menunjukkan usaha pemulihan yang dibuat oleh kerajaan Seoul

Hanyangdoseong, telah disiapkan dalam tempoh 30 tahun, telah dirobohkan di banyak bahagiannya kerana inisiatif perancangan bandar dan pengenalan garisan trem. Walau bagaimanapun, bahagian-bahagian penting tembok tersebut masih kekal. Bahagian terbaik yang dipelihara dan terkenal ialah Tembok Gunung Bukaksan, merentangi sejauh 2.3 kilometer yang memotong Sukjeongmun ke Changuimun. Sebelum ini dihadkan kepada orang ramai selepas dikhususkan sebagai kawasan Rizab Ketenteraan kerana berdekatan dengan Cheongwadae, ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 2006. Dengan sedikit perubahan atau struktur tiruan yang mengelilingi kawasan itu sejak bertahun-tahun, persekitaran semula jadinya masih tetap utuh.[3]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ a b c UNESCO (2014-08-15). "Seoul City Wall". UNESCO. UNESCO.
  2. ^ Discovering Korea (2014-07-30). "Hiking Hanyangdoseong". Discovering Korea. Discovering Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-10.
  3. ^ Visit Korea (2014-07-30). "Hiking trip along the Wall". Visit Korea. Visit Korea.

Rujukan sunting