Temenggung Abdul Rahman

Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Rahman bin Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Hamid Al-Aydrus. mengantikan bapa saudaranya Daeng Kechil sebagai Temenggung Johor pada tahun 1806. Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya meninggalkan Riau dan berpindah ke Singapura pada tahun 1818 setelah Belanda memberi sokongan kepada Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar. Setahun kemudian, pada tahun 1819, Stamford Raffles dan William Farquhar juga datang ke Singapura. Pada tahun tersebut Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang dikenali sebagai Perjanjian 30 Januari 1819.

Anak beliau Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim menjadi Sultan Johor de facto ketika zaman Sultan Ali.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763.

Nota kaki sunting