Temenggung Johor ialah salah seorang anggota Majlis Orang Kaya yang ditubuhkan sendiri oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggung Johor diberikan tugas untuk mengawal keselamatan Sultan dan menjaga keamanan Negeri serta berkuasa mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggung Johor telah diberikan wilayah pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang diberikan Pahang sebagai wilayah pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau dan Raja Temenggung Muar di Muar. Keturunan Temenggung kemudiannya mengasaskan kesultanan baru di tanah besar Johor dengan sultan pertama dari Wangsa Temenggung ialah Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim.

Sultan-Sultan Johor dari Wangsa Temenggung sunting

  1. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor) (de-facto Sultan Johor Wangsa Temenggung pertama)
  2. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar/Albert Balker)
  3. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
  4. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
  5. 1981-2010: Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
  6. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

Lihat juga sunting