Tempat persemadian para pengasas agama dunia

rencana senarai Wikimedia

Dimanakah nabi muhammad di kebumikan

Islam sunting

.

Nabi Muhammad SAW telah disemadikan jasadnya di dalam Masjid Nabawi (Masjid Nabi) di kota suci Islam Madinah Al-Munawwarah.

Makam Nabi Muhammad terletak diantara bilik Aisyah dan rumah baginda. Ketika hayat Rasulullah, rumah baginda terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi, namun pada masa kini, rumah tersebut termasuk dalam binaan Masjid Nabawi. Makam Nabi Muhammad merupakan suatu tempat yang menjadi penyebab penting mengapa Masjid Nabawi begitu diangkat nilai kesuciannya dalam kalangan masyarakat Muslim turun-temurun. Selain itu, Makam Nabi Muhammad juga terletak didalam Masjid kedua terpenting bagi umat Islam selepas Masjidil Haram di Makkah. Jutaan penganut agama Islam akan melawati Makam Rasulullah sepanjang tahun kerana ia merupakan suatu tradisi yang amat penting dan dituntut setiap kali umat Islam itu menunaikan ibadah Haji & Umrah di Makkah.

Nabi Muhammad telah dimakamkan bersebelahan dengan dua (2) orang khalifah ar-Rasyidin iaitu Khalifah Saidina Abu Bakar dan Umar Al-Khattab. Pada asalnya, ketika Saidina Umar masih hidup, Saidina Umar telah menyediakan suatu ruang khas bersebelahan Makam Nabi Muhammad untuk diberikan pada Aisyah untuk dikebumikan Aisyah ketika ianya wafat. Namun Aisyah telah dikebumikan di Perkuburan Baqi'. Terdapat juga suatu ruangan khas yang dikosongkan di sebelah, kedua-dua khalifah ar-Rasyidin. Ruangan Makam itu dikhaskan untuk Nabi Isa a.s. apabila baginda kembali semula ke bumi sebagai Messiah pada hujung dunia nanti.

Makam Nabi Muhammad tidak dapat dilihat dari luar, kerana Makam baginda telah dan sahabat-sahabatnya telah ditutupi dengan pagar keemasan dan kain-kain hitam. Dalam tradisi pandangan Wahhabi, Makam suci tersebut mungkin tidak dihiasi atau mungkin dihiasi dengan dua kubit tinggi. Makam tersebut mudah untuk dicam kerana ianya terletak dibawah litupan binaan kubah kayu keras berwarna hijau, yang dibina ketika zaman empayar Turki Uthmaniyah. Kubah ini merupakan suatu mercu tanda utama buat kota suci Madinah, selain merupakan bukti kewujudan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah yang benar.

Yahudi sunting

 
Cave of the Patriarchs

Gua Para Patriak atau bahasa Inggeris; Cave of the Patriarchs adalah merupakan kompenan keagamaan Yahudi yang terletak di dalam bandar lama Hebron (yakni terletak dibahagian barat daya Tebing Barat, di tengah-tengah Judea purba), dan umumnya dianggap oleh umat Yahudi, Kristian dan Muslim sebagai pusat kerohanian. Dalam tradisi Yahudi, Kristian dan Islam, kawasan berkenaan dianggap sangat sinonim sebagai kawasan pemakaman untuk empat (4) pasangan biblikal iaitu: Nabi Adam a.s. & Hawa; Nabi Ibrahim a.s. & Siti Sarah; Nabi Ishak a.s. & Rabeekah; Nabi Yaakub a.s. & Leah. Berdasarkan kepada sumber Midrash, kawasan ini juga terdapatnya makam Ishu saudara kepada Nabi Yaakub a.s..

Rahel atau Rachel, salah seorang isteri Nabi Yaakub, dikatakan dikebumikan di Makam Rahel yang terletak di Bethlehem.

Lokasi sebenar makam Nabi Musa a.s. masih tidak dapat dipastikan dengan tepat. namun berdasarkan Deuteronomy 34:6, ia dikatakan terletak di suatu kawasan berdekatan dengan Gunung Nebo yang terletak di timur Sungai Jordan, di negara Jordan.

Kristian sunting

 
The Edicule of the Holy Sepulchre

Berdasarkan sumber awal Kristian Gereja Makam Suci dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tapak Jesus Christ mati disalib dan kemudiannya dikebumikan di sini buat tiga hari sebelum dihidupkan semula. Gereja Makam Suci kini merupakan pusat Patriark Ortodoks Yunani Baitulmaqdis. Lokasinya terletak di Kuarter Kristian di Bandar Lama Baitulmaqdis.

Tempat kedua diketahui adalah Makam Taman yang terletak di luar Bandar Lama Jerusalem. Ianya menjadi tempat kunjungan popular buat penganut Kristian Protestant, aliran alternatif kepada Katolik dan Ortodoks yang mendominasi Gereja Makam Suci.


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Portal Agama sunting

 Ayyavazhi
Ayyavazhi
 Bahá'í Faith
Bahá'í Faith
 Bible
Bible
 Book of Mormon
Book of Mormon
 Buddhism
Buddhism
 Calvinism
Calvinism
Ayyavazhi Bahá'í Bible Mormon Agama Buddha Calvinisme

Imej: imej tidak sah atau tidak wujud

 Confucianism
Confucianism
 Eastern Christianity
Eastern Christianity
 Hinduism
Hinduism
 Islam
Islam
 Jainism
Jainism
Kristian Konfusianisme Kristian Timur Hindu Islam Jainisme
 Judaism
Judaism
 Kabbalah
Kabbalah
 Latter-day Saints
Latter-day Saints
 Mythology
Mythology
 Occult
Occult
 Saints
Saints
Agama Yahudi Kabbalah Santo Hari-hari Terakhir Mitologi Occult Santo
 Shinto
Shinto
 Sikhism
Sikhism
 Spirituality
Spirituality
 Taoism
Taoism
 Wicca
Wicca
 Zoroastrianism
Zoroastrianism
Shinto Sikh Kerohanian Taoisme Wicca Majusi