Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2007
Disember
- Benazir Bhutto (gambar) disahkan terbunuh dalam serangan berani mati di Rawalpindi, Pakistan jam 9.45 malam.
- Parti Palang Prachachon memenangi pilihan raya umum Thailand.
- Lee Myung-bak (gambar) dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.
- Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan bahawa darurat di Pakistan telah berakhir.
- Negara-negara ahli Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon.
- Keputusan Referendum Perlembagaan Venezuela 2007 menolak pindaan yang dicadangkan Presiden Hugo Chávez.
November
- Bangkai pesawat Penerbangan 4203 Atlasjet ditemui di Turki. Tiada yang terselamat.
- Darurat Pakistan 2007: Pervez Musharraf mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan, kini sebagai orang awam.
- Pemberontakan Hotel Peninsula Manila 2007 tamat apabila Angkatan Tentera Filipina menyerbu hotel itu.
- Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland, Amerika Syarikat.
- Parti Buruh Australia yang dipimpin Kevin Rudd memenangi pilihan raya persekutuan Australia 2007.
- Lebih 10 ribu orang menyertai perhimpunan aman haram (gambar) menuntut pilihan raya bersih di Kuala Lumpur.
- Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.
Oktober
- Cristina Fernández de Kirchner (gambar) dipilih untuk menggantikan suaminya Néstor Kirchner sebagai Presiden Argentina.
- Kimi Räikkönen memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia Formula Satu 2007.
- Angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor selamat kembali ke Bumi dari ISS dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10.
- Ali Larijani (gambar) meletakkan jawatannya sebagai ketua perunding program nuklear Iran dan setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran.
- 126 penyokong Benazir Bhutto terbunuh dalam serangan bom di Karachi.
- Letupan bom di Makati, Manila, Filipina menyebabkan 9 orang terkorban.
- Tahanan ISA, Abd Malek Hussin mendapat ganti rugi RM2.5 juta.
- Siren di Gunung Kelud (gambar) berbunyi, tanda gunung berapi akan meletup bila-bila masa sahaja.
- Sheikh Muszaphar Shukor (gambar) selamat tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa setelah melalui orbit bumi dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 dan menjadi angkasawan Islam pertama yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.
- Umat Islam di Malaysia, Thailand, Brunei dan lain-lain menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadan.
- Perdana Menteri Myanmar, Soe Win meninggal dunia akibat leukemia.
- Hadiah Keamanan Nobel dianugerahkan kepada Al Gore dan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca.
- Turki memanggil pulang duta ke Amerika Syarikat selepas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS meluluskan resolusi mengecam Penghapusan etnik Armenia semasa zaman Empayar Turki Uthmaniyyah.
- Sheikh Muszaphar Shukor (gambar) berlepas ke ISS dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan menaiki Soyuz TMA-11 pada 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).
- Marion Jones atlet wanita Amerika Syarikat dipaksa memulangkan 5 pingat emas kerana kesalahan menggunakan steroid.
- Pervez Musharraf (gambar) berjaya dipilih semula sebagai Presiden Pakistan oleh pihak Parlimen. Namun perlantikannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tertinggi terhadap kesahihan pilihan itu di sisi undang-undang.
- Di Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan, pemimpin Korea Utara dan Selatan, Kim Jong-il dan Roh Moo-hyun menandatangani deklarasi bersama untuk menamatkan Perang Korea.
- Kontraktor tentera pengiring keselamatan diplomat Blackwater USA disahkan menembak membuta-tuli dalam peristiwa tembak-menembak di Iraq.
- Jeneral Sonthi Boonyaratglin mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand.
September
- Haile Gebrselassie memecahkan rekod maraton dunia dengan masa 2:04:26 di Berlin.
- Jerman menewaskan Brazil untuk memenangi Piala Dunia FIFA Wanita 2007 di Shanghai, China.
- 1500 peguam dari Majlis Peguam Malaysia berarak secara aman ke Jabatan Perdana Menteri menuntut siasatan klip video hakim dan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman yang bebas.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Hague menghukum Mile Mrkšić and Veselin Šljivančanin 20 dan 5 tahun penjara kerana Pembunuhan Vukovar 1991 di Croatia.
- Yasuo Fukuda terpilih untuk menggantikan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe (gambar) yang meletakkan jawatan.
- Sami Buddha (gambar) menyertai rakyat Myanmar berarak di jalan raya membantah kenaikan harga petroleum sehingga 500 %.
- Sebuah kapal terbang terbabas di Phuket mengorbankan 89 penumpang.
- Gempa bumi terjadi di Bengkulu dengan kekuatan 8.4 pada skala Richter.
- Paip gas milik syarikat Pemex di Mexico diletupkan oleh tentera Zapatista.
- Pelari pecut dari Jamaica, Asafa Powell mencipta rekod lari 100 meter baru dengan 9.74 saat di Grand Prix IAAF di Rieti, Itali.
- Tumpuan persidangan APEC di Sydney ialah pemanasan global.
- Luciano Pavarotti , pemain tenor Itali telah meninggal dunia.
- Taufan Felix (gambar) melanda Nicaragua sebagai taufan Kategori 5 dan mengakibatkan kematian 38 orang.
- Bom kereta di Lapangan terbang Nato Afghanistan 2007.
Ogos
- Taliban membebaskan saki-baki tebusan Korea Selatan sebaik sahaja Korea Selatan bersetuju untuk mengundurkan 200 anggota tenteranya dalam masa setahun dan menggantung tugas mubaligh di Afghanistan.
- Tan Sri Musa Hassan selaku KPN Malaysia telah mengutus surat maaf kepada Donald Kolopita, ketua pengadil karate Indonesia.
- Abdullah Gül dipilih sebagai Presiden Turki ke-11.
- Darurat diisytiharkan di Yunani akibat kebakaran hutan yang berleluasa (gambar).
- Dua bom meletup di Hyderabad, Andhra Pradesh, India dan 19 lagi dijumpai di seluruh bandar.
- Taufan Dean merentasi Laut Caribbean dan melanda Semenanjung Yucatan, Mexico.
- Gempa bumi dahsyat di Peru mengorbankan 500 jiwa dan 85,000 bangunan ranap sama sekali.
- Banjir Vietnam 2007.
- Banjir dahsyat yang berlaku di India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh telah mengorbankan 1,400 jiwa.
- Jambatan Sungai Mississippi (gambar) di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat runtuh secara tiba-tiba.
Julai
- Majlis Keselamatan PBB bersetuju menghantar pasukan pengaman UNAMID ke Darfur bagi menyelesaikan konflik Darfur.
- Beberapa orang rakyat Korea Selatan yang diculik telah dibunuh oleh Taliban kerana Hamid Karzai berdolak-dalih.
- Iraq membuat kejutan dengan menjuarai kejohanan Piala Asia 2007.
- Pratibha Patil menjadi wanita pertama dilantik menjadi Presiden India.
- Menara Burj Dubai (gambar) menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan 512.1 meter, mengatasi Taipei 101.
- IAEA mengesahkan bahawa Korea Utara telah menutup reaktor nuklear utamanya (gambar) di Yongbyon.
- Satu gempa bumi berukuran 6.8 melanda Jepun dan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif.
- Alan Johnston, wartawan BBC yang diculik pada Mac lalu, dibebaskan.
Jun
- Perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu mula dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
- Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmud Abbas memansuhkan kerajaan demokrasi Hamas setelah konfliknya dengan Fatah bertambah tegang.
- Banjir kilat di Kuala Lumpur terjadi lagi selama 4 jam apabila Sungai Gombak dan Sungai Klang gagal menampung air hujan luar biasa.
- Majlis akad nikah Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dengan Jeanne Abdullah selamat diadakan di Putrajaya.
- Kunjungan bekas Presiden Republik China Lee Teng-Hui ke Kuil Yasukuni dibantah rakyat China. Abangnya pernah menjadi tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
- Agensi risik Israel Shin Beit didedahkan terlibat dalam Rampasan Air France 1976 yang dilakukan Barisan Pembebasan Popular Palestin (PLFP).
Mei
- Mahkamah Persekutuan Malaysia menolak rayuan Lina Joy untuk membuang perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.
- Perkahwinan diraja antara Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson (gambar) selamat dilangsungkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
- Tony Blair mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Britain pada 27 Jun 2007.
April
- Pertabalan Yang di-Pertuan Agong: Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 di Istana Negara.
- Sebuah planet luar suria yang seakan-akan bumi, Gliese 581 c, ditemui di buruj Libra dan mungkin mampu menyokong hidupan.
- Perang Iraq: Sekurang-kurangnya 183 orang terbunuh dalam pengeboman terburuk di Baghdad sejak "operasi keselamatan" bermula dua bulan lalu.
- Satu siri tembakan yang membunuh 33 orang dan mencederakan 29 yang lain terjadi di Virginia Polytechnic Institute and State University di Blacksburg, Virginia, A.S.
- Perang Iraq: Satu letupan di kafeteria Perhimpunan Kebangsaan Iraq membunuh lapan orang termasuk seorang ahli parlimen.
- Analisis spektroskop HD 209458 b (gambar), sebuah planet luar suria di buruj Pegasus, memberikan bukti pertama kehadiran wap air atmosfera di luar Sistem Suria.
- Lima belas anggota Royal Navy yang dituduh menceroboh masuk ke perairan Iran dibebaskan selepas ditahan selama dua minggu.
Mac
- Tabung Alam Sedunia (WWF) mengumumkan penemuan spesies baru di Kepulauan Melayu, Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi).
- Kejohanan Badminton Seluruh England tamat dengan China memenangi semua kategori kecuali beregu lelaki yang dimenangi pasangan Malaysia.
Februari
- Perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan dimenangi Anthony Charteau dari pasukan Crédit Agricole.
Januari
- Sebuah helikopter milik Malaysian Helicopter Services terhempas di Laut China Selatan menyebabkan seorang penumpang maut.
- Gempa bumi di Sulawesi berukuran 7.5 pada skala Richter yang diiringi beberapa gempa bumi kecil menggemparkan negara pasifik yang masing-masing mengeluarkan amaran tsunami.
- Adik tiri Saddam Hussein, Barzan Ibrahim dan Awad Hamed al-Bandar dihukum gantung sampai mati.
- Bencana banjir besar melanda buat kali kedua dalam tempoh sebulan di beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang, dan Sabah.
- Penerbangan 574 Adam Air dilaporkan hilang berdekatan dengan Pulau Sulawesi, Indonesia.
- Romania dan Bulgaria menyertai Kesatuan Eropah. Ini menjadikan jumlah negara-negara yang menyertai Kesatuan Eropah bertambah menjadi 27 buah.
- Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menjalani hukuman gantung sampai mati.
- Nepal memperkenalkan lambang negara yang baru sebagai tanda perdamaian sejurus berakhirnya Perang Saudara Nepal.
- Habsyah mengesahkan bahawa unit-unit udara dan darat telah memasuki Somalia dan menyerang tentera-tentera Kesatuan Mahkamah Islam dalam menyokong kerajaan yang berpusat di Baidoa.
- Majlis Keselamatan PBB sebulat suara untuk menggunakan Resolusi 1737, mengenakan sekatan terhadap Iran kerana program pengayaan nuklear.