Templat:GP/Minggu 36 2020

Tibia insulaechorab
Tibia insulaechorab adalah spesies moluska gastropoda keluarga Rostellariidae, berasal dari Lautan Hindi barat. Ia pertama diperkenalkan oleh ahli malakologi Jerman Peter Friedrich Röding pada tahun 1798, jenis tempatan berada di Laut Merah. Beliau memasukkannya ke dalam keluarga Strombidae, tetapi keluarga besar ini kemudiannya berpecah dan genus Tibia dipindahkan ke keluarga Rostellariidae.

Foto ini menunjukkan pandangan dorsal sebuah cengekerang T. insulaechorab. Membesar sehingga 20 cm (8 in) panjang, termasuk saluran sifon yang memanjang, ia sangat diminati oleh pengumpul kerana penampilannya yang menarik.Kredit gambar: Hans Hillewaert

Lihat juga sunting