Templat:GP dilindungi/Minggu 36 2022

Penyerahan Jepun - USS Missouri

Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun adalah perjanjian bertulis yang memperakui penyerahan kalah Empayar Jepun, yang menandakan berakhirnya Perang Dunia II. Ia telah ditandatangani oleh perwakilan dari Empayar Jepun, Amerika Syarikat, Republik China, United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara, Kesatuan Republik Sosialis Soviet, Komanwel Australia, Dominion Kanada, Kerajaan Sementara Republik Perancis, Kerajaan Beraja Belanda, dan Dominion New Zealand. Upacara ini berlangsung di atas geladak kapal tempur USS Missouri di Teluk Tokyo pada 2 September 1945. Gambar tersebut menunjukkan perwakilan dari Empayar Jepun yang berada di kapal USS Missouri sebelum menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah.

Kredit gambar: Kor Isyarat Tentera Darat di Arkib Negara Amerika Syarikat


Lihat juga sunting