Templat:PengenalanLamanUtama
Rencana pilihan
Makam Xu Guangqi (Cina Ringkas: 徐光启墓, Cina Tradisional: 徐光啟墓, Pinyin: Xú Guāngqǐ mù) ialah makam milik Xu Guangqi, seorang pegawai pada masa wangsa Ming akhir di China, penyelidik, serta pemimpin dan penganut agama Katolik. Makam ini terletak di Taman Guangqi, daerah Xujiahui, Shanghai, China. Makam tersebut mempunyai keluasan sekitar sekitar 3,000 meter persegi (0.74 ekar), ketinggian 2.2 meter (7.2 ka) dan berbentuk bujur.
Dikelilingi dengan tembok granit, diatasnya ditumbuhi dengan rumput hijau dan di bahagian hadapan makam terdapat pokok-pokok cendana, araz dan suduayah. Di hadapan makam juga terdapat nisan yang bertulis lima aksara Han (徐光启之墓) yang bererti "Makam Xu Guangqi", di mana ia ditulis oleh Su Buqing. Di kiri dan kanan makam terdapat bangku batu, di depannya terdapat dua ekor patung kuda batu dari wangsa Qing serta biri-biri, gajah dan anjing yang masing-masing berpasangan serta satu salib besar. Di bahagian timur makam terdapat teres untuk beristirahat, di mana dalamnya terdapat prasasti berbentuk 12 buah buku yang berisi dengan gambar-gambar Xu Guangqi, koleksi catatan sejarah dari zaman akhir wangsa Ming dan awal wangsa Qing, "Catatan Xu Guangqi", manuskrip yang ditulis sendiri oleh Xu iaitu "Menyelidik Elemen Karya Euclid", serta tulisan peribadi dan surat-surat serta puisi dari wangsa Tang oleh Li Qi. (Rencana penuh...)
Gambar pilihan
![]() |
ChS8 adalah lokomotif penumpang laluan utama elektrik yang pernah digunakan di Rusia dan Ukraine. Dibina diantara tahun 1983 dan 1989, ia dibangunkan untuk menarik kereta api penumpang yang panjang (28–32 pembawa) pada kelajuan 100 kilometer per jam (60 mph) atau lebih laju. Sejak 2010 Rusia telah beralih ke reka bentuk yang lebih cekap tenaga, seperti EP10 dan EP20. Gambar: George Chernilevsky
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Berita terkini
.
- Guillermo Lasso (gambar) terpilih menjadi Presiden Ecuador
- 8 terkorban akibat gempa bumi dengan magnitud 6.0 Mw di Jawa Timur, Indonesia.
- Gunung berapi La Soufrière meletus di Saint Vincent, memaksa pemindahan sekitar 20,000 orang.
- Putera Philip, Duke Edinburgh, konsort Ratu Elizabeth II, mangkat pada usia 99 tahun.
- Ahli arkeologi mengumumkan penemuan kota Mesir Purba iaitu Aten.
Hari ini dalam sejarah
17 April: Hari Pengungsian di Syria; Khamis Suci (Kristian, 2014).
- 1895 – Empayar Jepun dan Empayar Qing China memeterai Perjanjian Shimonoseki, satu perjanjian tak setaraf yang menamatkan Perang China-Jepun Pertama.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Jeneral Perancis Henri Giraud (gambar) melarikan diri daripada tawanan Jerman di Kubu Königstein.
- 1961 – Orang buangan Cuba yang dibelakangi CIA mendarat di Teluk Babi dan menyerang Cuba.
- 1969 – Sirhan Sirhan disabitkan bersalah membunuh Senator Amerika Syarikat Robert F. Kennedy.
- 1986 – Belanda dan Kepulauan Sicily mengisytiharkan perdamaian, menamatkan Perang Tiga Ratus Tiga Puluh Lima Tahun.
Tahukah anda...
- "... bahawa UNESCO pernah dituduh sebagai platform bagi pihak komunis dan negara-negara Dunia Ketiga untuk menyerang negara-negara Barat?" Wikipedia:Tahukah anda/18/1 Wikipedia:Tahukah anda/45/1
- ... bahawa LGBT ialah akronim yang merujuk secara kelompok kepada golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual? Wikipedia:Tahukah anda/53/1
- "... bahawa sesiapa sahaja yang belum berkahwin layak menerima angpau tanpa mengira usia?" Wikipedia:Tahukah anda/4/1 Wikipedia:Tahukah anda/58/1
- "... bahawa anestesia membolehkan pesakit menjalani pembedahan atau prosedur lain tanpa perasaan sakit?" Wikipedia:Tahukah anda/83/1
- "... bahawa hemisfera utara mempunyai 90% daripada jumlah penduduk bumi?" Wikipedia:Tahukah anda/117/1