Templat:GP/Minggu 9 2020

Vincent van Gogh
Vincent van Gogh (30 Mac 1853 – 29 Julai 1890) merupakan seorang pelukis post-impresionisme Belanda. Semasa karya Van Gogh berkembang, beliau melukis subjek seperti alam benda, buruh tani, lanskap, pokok zaitun, ladang gandum, dan bunga matahari, dan dari semasa ke semasa beliau menggunakan warna yang lebih cerah. Van Gogh menjual beberapa lukisan sepanjang hayatnya, dan dianggap sebagai orang gila dan kegagalan. Walau bagaimanapun, sejak awal abad ke-20 beliau telah mencapai pujian yang meluas dan popular, dan karya-karyanya adalah antara lukisan paling mahal di dunia.

Gambar ini merupakan salah satu swafoto van Gogh, yang dilukis pada September 1889. Kini ianya berada di Musée d'Orsay, ParisLukisan: Vincent van Gogh

Lihat juga sunting