Templat:GP dilindungi/Minggu 22 2017

Nebula Carina

Nebula Carina ialah sebuah nebula cerah yang mengelilingi beberapa bintang gugusan terbuka. Dua daripada bintang terbesar galaksi kita, Eta Carinae and HD 93129A, terangkum dalam nebula ini. Nebula Carina dianggarkan terletak antara 6,500 dan 10,000 tahun cahaya dari Bumi. Ia kelihatan di dalam buruj Carina, dan terletak pada Lengan Carina–Sagittarius. Nebula ini mengandungi berbilang bintang jenis-O. Nebula Carina merupakan satu daripada nebula resap yang kelihatan di langit. Walaupun ia lebih kurang empat kali ganda lebih besar dan lebih cerah daripada Nebula Orion, nebula ini kurang terkenal kerana kedudukannya di Hemisfera Selatan. Ia ditemui dari Tanjung Harapan oleh Nicolas Louis de Lacaille pada tahun 1751–52.

Gambar: Balai Cerap Selatan Eropah/T. Preibisch

Gambar pilihan sebelum ini: