Tenaga boleh diperbaharui

(Dilencongkan dari Tenaga boleh baharu)

Tenaga boleh diperbaharui ialah tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suria, angin, hujan, ombak, geoterma, yang boleh diperbaharui secara semula jadi. Teknologi-teknologi tenaga boleh diperbaharui termasuklah kuasa suria, hidroelektrik, biojisim dan bahan bakar bio.

Pada tahun 2006, sekitar 18% daripada penggunaan tenaga dunia dihasilkan oleh sumber-sumber yang boleh diperbaharui, dengan 13% datang daripada teknologi biojisim tradisional seperti pembakaran kayu. Kuasa hidro pula menyumbang sebanyak 3% diikuti dengan pemanasan air (1.3%). Teknologi moden seperti geoterma, angin, suria dan ombak membentuk 0.8% penggunaan keseluruhan tenaga. Potensi penggunaan tenaga sebegini adalah sangat besar, mengatasi kesemua sumber-sumber sedia ada dan telah dicadangkan untuk digunakan sebagai sumber utama penjanaan kuasa.

Lihat jugaSunting