Tenaga makanan (Jawi: تناݢ ماكنن) ialah tenaga yang diperolehi manusia dan haiwan daripada makanan, melalui proses respirasi sel, sama ada proses penyatuan oksigen dengan molekul makanan (respirasi aerob) atau penyusunan semula atom dalam molekul (respirasi anaerob).

Dalam Sistem Unit Antarabangsa, tenaga diukur dengan unit joule (J) atau gandaannya; kilojoule (kJ) lazimnya digunakan bagi kuantiti berkaitan makanan. Unit tenaga sistem metrik lama, namun masih digunakan secara meluas dalam konteks makanan, ialah kalori; lebih tepat, "kalori makanan", "kalori besar" atau "kilokalori" (kcal atau Cal), bersamaan dengan 4.184 kilojoule. (Perhatikan bahawa ini berbeza dengan "kalori kecil" (cal) yang sering digunakan dalam kimia dan fizik, bersamaan dengan 1/1000 kalori besar.) Di Kesatuan Eropah, kedua-dua unit kilokalori ("kcal") dan kilojoule ("kJ") digunakan di label pemakanan. Di banyak negara lain, hanya satu unit yang dipaparkan; misalnya "kkal" atau "kcal" digunakan di Indonesia dan Malaysia.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting