Dato' Teng Chang Khim (Cina tradisional: 鄧章欽pinyin: Dèng Zhāngqīn) merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Sungai Pinang yang mewakili parti DAP. Beliau menang kali ke-4 di Sungai Pinang sejak pilihan raya 1995. Setelah menang pilihan raya, beliau menjadi Ketua Pembangkang DUN Selangor bagi sesi 1995-1999 dan 2004-2008.

Yang Berbahagia Dato'

Teng Chang Khim

邓章钦
EXCO Dewan Undangan Negeri Selangor
(Kerajaan Tempatan : 30 May 2013 – 26 September 2014)
(Pelaburan, Industri, Industri Kecil & Sederhana, Perdangangan dan Pengangkutan : 27 September 2014 – 18 Mei 2018)
((Industri dan Perdagangan : 19 Mei 2018 – Kini)
Memegang jawatan
30 Mei 2013
RajaSultan Sharafuddin
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim
Mohamed Azmin Ali
Amirudin Shari
Didahului olehRonnie Liu Tian Khiew
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Bandar Baru Klang
Dalam jawatan
2018–2023
Majoriti39,828 (2018)
Speaker Dewan Negeri Selangor ke-9
Dalam jawatan
22 April 2008 – 30 Mei 2013
RajaSultan Sharafuddin
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim
DeputyHaniza Mohamed Talha
Didahului olehOnn Ismail
Digantikan olehHannah Yeoh
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Sungai Pinang
Dalam jawatan
2004–2018
Didahului olehChua Kow Eng (DAP)
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Majoriti445 (1999)
3,613 (2004)
7,361 (2008)
11,309 (2013)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Bukit Gasing
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehTeong Shyan Chyuan (DAP)
Digantikan olehLim Thuang Seng (GerakanBN)
Majoriti1,290 (1995)
Butiran peribadi
Lahir (1963-06-02) 2 Jun 1963 (umur 60)
Batu Pahat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (PH)
Pakatan Rakyat (PR)
Barisan Alternatif (BA)
Gagasan Rakyat (GR)
HubunganTeng Boon Soon (bapa saudara)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Beliau telah menjadi Speaker DUN Selangor mulai 22 Mac 2008 setelah Pakatan Rakyat menang dalam pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor. Pada Disember 2020, beliau mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada dunia politik, dan tidak akan lagi bertanding sebagai calon ADUN pada pilihan raya negeri Selangor yang seterusnya.

Kerjaya politik sunting

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Selangor[1][2][3][4][5][6][7][8]
Tahun Kawasan Undian Peratusan Penentang Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
1995 N27 Bukit Gasing, P095 Petaling Jaya Selatan Teng Chang Khim (DAP) 11,348 53.01% Lim Thuang Seng (Gerakan) 10,058 46.99% 21,889 1,290 64.58%
1999 N41 Bandar Klang, P100 Klang Teng Chang Khim (DAP) 13,927 49.72% Tan Chee Keong (MCA) 13,482 48.14% 28,501 445 71.82%
Chua Kok Eng (MDP) 599 2.14%
2004 N44 Sungai Pinang, P109 Kapar Teng Chang Khim (DAP) 10,484 60.41% Khoh Siew Kim (MCA) 6,871 39.59% 17,744 3,613 72.38%
2008 Teng Chang Khim (DAP) 12,856 70.06% Song Kee Chai (MCA) 5,495 29.94% 18,695 7,361 77.29%
2013 Teng Chang Khim (DAP) 17,364 74.13% Lee Siew Chee (MCA) 6,055 25.87% 23,710 11,309 86.70%
2018 N45 Bandar Baru Klang, P110 Klang Teng Chang Khim (DAP) 44,926 89.81% Teoh Kah Yeong (MCA) 5,098 10.19% 50,564 39,828 87.15%
Dewan Rakyat[2][3][9][5][6][7][8]
Tahun Kawasan Undian Peratusan Penentang Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
1995 P108 Bukit Bintang, Kuala Lumpur Teng Chang Khim (Bebas) 123 0.35% Wee Choo Keong (DAP) 20,403 57.66% 36,666 5,546 61.75%
Lee Chong Meng (MCA) 14,857 41.99%
1999 P100 Klang, Selangor Teng Chang Khim (DAP) 24,528 44.36% Tan Yee Kew (MCA) 30,201 54.61% 56,325 5,673 69.81%
Tan Siow Eng (MDP) 570 1.03%

Kehidupan peribadi sunting

Adik Teng, Teng Chang Yeow ialah pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang dan Setiausaha Agung parti Gerakan. Teng Chang Yeow pernah menumbangkan Pengerusi DAP, Karpal Singh di DUN Padang Kota pada pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi. Bapanya ialah seorang pemimpin akar umbi MCA di tempat kelahirannya, Batu Pahat, Johor. Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon merupakan Ahli Parlimen Tebrau.[10]

Isu dan kontroversi sunting

Arah Adun BN keluar dewan sunting

Pada 21 Mac 2012, Speaker Teng Chang Khim 'menghalau' Datuk Mohd Isa Kasim (BN-Batang Kali) dari DUN Selangor kerana lantang mengkritik kerajaan PKR Selangor. Teng menggunakan Perkara 44(2) Peraturan-peraturan Tetap Dewan bagi mengarahkan wakil rakyat BN itu keluar sidang DUN selama dua jam. Mohd Isa cuba meminta penjelasan dari MB Abdul Khalid Ibrahim tentang beberapa perkara yang berkaitan pengurusan harta kerajaan negeri.[11]

Status Adun Pelabuhan Klang sunting

Pada Januari 2011, Speaker Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah (Julai 2010 - Jan 2011). Surat tidak hadir pada 21 Disember 2010 dihantar dengan alasan mendapat rawatan tradisional .Ekoran itu, Badrul Hisham melalui peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak memfailkan saman pemula di di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam pada 24 Januari 2011. Badrul Hisham melompat dari PKR ke Bebas. Tindakan Chang Khim adalah ultra vires (melampau batasan undang-undang), salah, batal dan tidak sah mengikut Artikel LXIX Undang-Undang Tubuh Negeri Kerajaan Selangor 1959. [12]

Nafi silap hantar SMS sunting

Pada 27 Mac 2012, semua Adun Barisan Nasional Selangor keluar dewan tanda protes gara-gara Teng Chang Khim tersilap menghantar SMS. Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) menuduh Teng tidak adil dan berat sebelah.SMS itu menggesa Adun PKR aktif mempertahankan kerajaan PKR Selangor. [13] SMS tersebut dikatakan tersilap hantar kepada bekas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd Ali.[14]

Digesa letak jawatan sunting

Pada 24 Januari 2011, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menggesa Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim letak jawatan kerana gagal meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada sidang DUN di Shah Alam.[15]

Pengerusi Panel Selcat sunting

Teng Chang Khim merupakan lulusan undang-undang dan menjalankan khidmat guaman . Kini beliau menetap di Subang Jaya. Sebagai peguam, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat). Panel Selcat dianggotai oleh Timbalan Speaker DUN, Haniza Mohamed Talha; Adun Hulu Kelang, Saari Sungib; ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dan ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Panel ini pernah membincangkan tentang pindaan daripada zon tanah lapang dan rekreasi ke zon perniagaan - padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 7, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 2012. Panel mencadangkan supaya RTPJ2 dibatal dan diwartakan mengikut apa yang telah dipersetujui oleh MMKN dan bukannya yang telah dipinda oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[16] Turut memberi keterangan adalah bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Noraini Roslan; ahli akademik, Datuk Dr. Goh Ban Lee; Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Pengarah JPBD negeri, Norasiah Bee Mohd. Haniff.[17]

Speaker Teng juga memutuskan hasil pendengaran awam Selcat tentang tiga anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd. (KSSB), Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tidak akan dibawa ke sidang DUN 2012.Justeru itu Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed mendakwa Selcat hanya membuang masa sahaja. [18] Yayasan Selangor terlibat dalam skandal konsesi melombong pasir.[19]

Lebuh Raya Kinrara-Damansara sunting

Pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) mendapat bantahan penduduk setempat kerana masalah hak milik tanah, pencemaran bunyi dan pampasan tidak setara. Teng sebelum ini dilihat cenderung menyokong pembinaan Kidex dan pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Teng Chang Khim digesa menyatakan pendiriannya tentang projek Kidex. Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 14A, Michael Kum berharap Teng Chan Kim yang dilantik semula sebagai EXCO perlu "membuat perkara yang betul," dan bertindak proaktif untuk menghentikan projek Kidex secepat mungkin. Kum mendakwa Teng tidak mendengar keluhan rakyat walaupun beberapa anggota kumpulan anti-Kidex sudah menerbitkan bidasan mereka untuk membuktikan bahawa projek itu tidak memberi manfaat kepada warga Selangor.[20]

Kenyataan berkaitan krisis Israel-Palestin sunting

Dalam situasi krisis Israel-Palestin pada Mei 2021, Teng mengeluarkan kritikan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas ucapan sokongannya sebagai wakil Malaysia terhadap warga Palestin, dan mengatakan bahawa Muhyiddin ingin mengalihkan perhatian orang ramai daripada masalah pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara dengan membawa isu krisis itu. Hal ini mendapat tentangan kerana dikatakan menampakkan kebiadaban dan penghinaan terhadap masyarakat negara secara am, terutamanya golongan Melayu-Islam.[21][22]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 25 January 2010.
  2. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017.
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  6. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
  7. ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ 'Kertas tidak boleh balut api'
  11. ^ ADUN BN diarah keluar dewan
  12. ^ Badrul mohon batalkan perisytiharan kosong DUN Pelabuhan Klang
  13. ^ Silap hantar SMS, ADUN BN keluar Dewan
  14. ^ Protes Speaker: ADUN BN bertindak keluar dewan
  15. ^ Khalid, Chang Khim perlu letak jawatan
  16. ^ RTPJ2 perlu dibatal, diwarta semula - Chang Khim
  17. ^ Insiden tegang dalam prosiding Selcat
  18. ^ Sesi pendengaran awam hanya buang masa - Mohd. Zin
  19. ^ Skandal pasir Selangor: Siasatan Selcat tak dibentang di DUN
  20. ^ 'Teng, apa pendirian anda tentang Kidex sekarang?'
  21. ^ "Kritik PM: Kenyataan Teng Chang Khim biadab, tidak patriotik - Razali Idris". Astro Awani. 18 Mei 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  22. ^ Arifin, Latifah; Ahmad, Samadi (17 Mei 2021). "DAP patut ambil tindakan terhadap Chang Khim". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  23. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-05-28.

Pautan luar sunting