Teng Chang Yeow (lahir c. 1964) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Padang Kota sejak 1995 sehingga 2008. Beliau juga bekas Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), dan juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Teng Chang Yeow
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
26 April 1995 – 8 Mac 2008
Didahului olehLim Kit Siang
Digantikan olehChow Kon Yeow
Kawasan pilihan rayaPadang Kota
Butiran peribadi
Lahirc. 1964
Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikGERAKAN
Sekutu gabungan
politik lain
BN (sehingga 2018)
Ibu bapaTeng Boon Ngap (bapa)
SaudaraTeng Boon Soon (bapa saudara)
Teng Chang Khim (abang)
Alma materUniversiti Sains Malaysia
PekerjaanAhli politik

Kehidupan dan pendidikan awal sunting

Beliau adalah adik kepada Teng Chang Khim, bekas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.[1][2][3] Dibandingkan dengan Teng Chang Yeow sendiri, Teng Chang Khim seorang ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), komponen utama dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).[1][2][3] Bagaimanapun, kedua-duanya anak lelaki Teng Boon Ngap, bekas ahli terkemuka Persatuan Cina Malaysia (MCA) sebelum 1980-an.[1][2] Mereka juga anak saudara kepada bekas ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon.[1][2]

Sebelum menyertai bidang politik, beliau belajar di Universiti Sains Malaysia (USM), dan bekerja sebagai setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon.[2][4] Beliau berkhidmat sebagai ahli majlis perbandaran sejak 1992 sehingga 1995.[4]

Kerjaya politik sunting

Beliau pertama kali dipilih ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Padang Kota pada pilihan raya negeri 1995, mengalahkan Karpal Singh.[5] Beliau turut dipilih lagi pada 1999 dan 2004, tetapi ditewaskan oleh Chow Kon Yeow pada 2008.[6] Sebelum itu, beliau adalah salah satu calon ketua menteri yang berpotensi untuk menggantikan Koh Tsu Koon.[5]

Pada 22 April 2012, Teng menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, menggantikan Koh.[7] Pada pilihan raya negeri 2013, beliau bertanding di Bukit Tengah, tetapi dikalahkan oleh Ong Chin Wen, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).[6] Selepas pilihan raya 2013, beliau bertanding sebagai Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), tetapi ditewaskan oleh Mah Siew Keong.[8]

Pada pilihan raya negeri 2018, Teng diumumkan sebagai calon BN untuk Tanjong Bunga, dan bertanding melawan calon PH, Zairil Khir Johari.[9] Beliau juga memaklumkan rakyat bahawa pilihan raya inilah akan menjadi pilihan raya terakhir yang ditandinginya.[4] Namun begitu, beliau hanya memperoleh 3,902 undi dan dikalahkan oleh Zairil.[10]

Keputusan pilihan raya menunjukkan keputusan terburuk BN di negeri itu, kerana sekadar berjaya memenangi 2 dari 40 kerusi sahaja.[11] Yang 2 kerusi itu pun calon-calon United Malays National Organisation (UMNO); tidak ada calon MCA atau GERAKAN yang dipilih.[10] BN juga kehilangan status parti pemerintahnya sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.[12] Chow Kon Yeow, yang pernah dikalahkannya sebanyak 2 kali, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.[13]

Setelah kekalahan pilihan raya, beliau membuat pengumuman untuk mengundurkan diri dari semua jawatan, dan juga bersara dari politik.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Blood is thicker than politics". 1 April 2004. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  2. ^ a b c d e "Families at opposite side of the political fence". 24 Februari 2008. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  3. ^ a b "Abang adik lain parti warnai PRU-14". 18 April 2018. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  4. ^ a b c "GE14 my last contest, says Penang BN chief Chang Yeow". 12 April 2018. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  5. ^ a b "Teng-sion in Penang". 3 Mac 2008. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  6. ^ a b "Kit Siang dares Teng to return to Padang Kota". 21 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  7. ^ "PM Umum Teng Chang Yeow Pengerusi BN P.Pinang Yang Baharu". 22 April 2012. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  8. ^ "Gerakan: Mah Siew Keong is the new party president". 26 Oktober 2013. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  9. ^ "Penang Barisan chief explains why he is contesting in Tanjong Bunga". 25 April 2018. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  10. ^ a b c "Teng Chang Yeow quits politics following GE14 loss". 10 Mei 2018. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  11. ^ "Pakatan makes best showing in Penang, winning 37 out of 40 state seats". 10 Mei 2018. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  12. ^ "BN kalah PRU14 kerana gagal menangi hati rakyat". 11 Mei 2018. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  13. ^ "Chow Kon Yeow angkat sumpah KM Pulau Pinang". 14 Mei 2018. Dicapai pada 6 Julai 2021.