Felda Tenggaroh 3

(Dilencongkan dari Tenggaroh 3)

Tenggaroh 3 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Mersing, Johor. FELDA Tenggaroh 03 mula dibuka pada 1988 dan seramai 191 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut. Penempatan penduduk di kawasan FELDA mempunyai pola tersusun di mana setiap rumah dibina bersebelahan dan berada dalam satu kelompok yang dipanggil blok. Kediaman asal para penduduk dibina daripada kayu dan semua rumah mempunyai reka bentuk yang sama.

Bilangan penduduk FELDA Tenggaroh 03 dianggarkan berjumlah lebih kurang 1,700 orang termasuklah golongan peneroka, kakitangan FELDA, kakitangan Kilang Sawit Tenggaroh Timur, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Tenggaroh 03 serta Sekolah Agama Felda Tenggaroh 03. Kesemua penduduk berbangsa Melayu dan kebanyakan daripada mereka berasal daripada beberapa daerah di negeri Johor seperti Mersing, Pontian dan Batu Pahat.

Kesemua peneroka FELDA Tenggaroh 03 bekerja di ladang kelapa sawit dan mereka juga melakukan pelbagai aktiviti ekonomi sampingan seperti menternak ikan, lembu dan bertani bagi menambah pendapatan. Penternakan lembu dilakukan di ladang kelapa sawit dan lazimnya dibiarkan berkeliaran secara bebas di kawasan tersebut.

rujukan --Perpustakaan Desa Felda Tenggaroh 3, 86810, Mersing, Johor. http://telecentre.my/LWK/Template/TemplateIndex.aspx?SiteID=57[pautan mati kekal]