Tengkolok Diraja merupakah salah satu pakaian kebesaran Raja-raja Melayu di Malaysia. Semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagai solek di ulunya, sebagai pakaian kebesaran. Bentok ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Kain ulu itu dinamakan "Tengkolok".

Tengkolok Diraja yang menjadi salah satu alat kebesaran bagi Yang di-Pertuan Agong

Tengkolok Diraja dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan Tengkolok ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan Persekutuan yang berwarna-warni.

LegendaSunting

Menurut legenda Melayu, Sultan Perak yang pertama, Sultan Muzaffar Shah I Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (1528-1549) telah berlayar ke Perak untuk membentuk Kesultanan Perak. Sultan Muzaffar adalah keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang kemudiannya telah dibuang ke Johor oleh Portugis. Baginda telah berlayar banyak pakaian kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, termasuk Mahkota Diraja Melaka.

Walau bagaimanapun, semasa perlayaran baginda, kapalnya telah memasuki perairan cetek dan tersekat. Satu-satunya cara untuk mendapatkan kapal berlayar semula adalah dengan mengurangkan beban kapal. Maka, satu demi satu isi kapal tersebut telah dilemparkan ke laut, namun kapal tersebut masih enggan bergerak. Sehingga akhirnya, satu-satunya tinggal untuk dilempar ke luar kapalnya adalah Mahkota Diraja Melaka. Laut dikatakan gembira dengan tawaran baginda dan melepaskan kapal tersebut berlayar sendiri sehingga ke negeri Perak.

Sultan telah melihat keajaiban itu sebagai petanda bahawa baginda dan keturunannya tidak akan lagi memakai mahkota sebagai Sultan atau memakainya semasa majlis pertabalan. Oleh itu, Tengkolok telah digantikan sebagai mahkota. Praktis ini diikuti oleh sultan-sultan Melayu yang lain.

Pautan luarSunting