Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah

Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III (10 September 1933–20 September 2020) ialah Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 1975 hingga tahun 1978 dan Duta Besar Malaysia ke Belanda dari tahun 1978 hingga tahun 1982. Beliau merupakan kekanda kepada bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah.[1]

Tengku Sri Utama Raja

Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah
Duta Besar Malaysia ke Belanda
Dalam jawatan
1978–1982
RajaSultan Yahya Petra
Sultan Ahmad Shah
Perdana MenteriHussein Onn
Mahathir Mohamad
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi
Dalam jawatan
1975–1978
RajaSultan Yahya Petra
Perdana MenteriAbdul Razak Hussein
Hussein Onn
Butiran peribadi
Lahir(1933-09-10)10 September 1933
Kota Bharu, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Meninggal dunia20 September 2020(2020-09-20) (umur 87)
Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
PasanganTengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra (k. 1960; m. 2020)
Anak-anakTengku Mohamad Rizam
Tengku Ramizan
Tengku Mohamad Rizal
Tengku Mohamad Ridzman
Ibu bapaTengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin (Ayahanda)
Nik Zainab binti Nik Ali (Bonda)
SaudaraTengku Azizah (kekanda)
Tengku Zain (kekanda)
Tengku Maziah (kekanda)
Tengku Razaleigh (adinda)
Tengku Robert (adinda)
HubunganTengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
(anakanda saudara/biras)
PekerjaanDuta Besar

Kehidupan peribadiSunting

Tengku Abdul Aziz telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 1933. Beliau merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan ke-12, Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah bin Almarhum Raja Dewa Tengku Zainal Abidin dan Nik Zainab binti Nik Ali. Beliau juga merupakan ayahanda saudara dan biras kepada Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid iaitu permaisuri kepada Sultan Kelantan ke-28, Almarhum Sultan Ismail Petra.[2]

Pada 22 Januari 1960, Tengku Abdul Aziz telah berkahwin dengan Tengku Merjan iaitu anakanda kepada Sultan Kelantan ke-27, Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Beliau telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan), Datin Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz, Tengku Mohamad Rizal bin Tengku Abdul Aziz dan Datuk Tengku Mohamad Ridzman bin Tengku Abdul Aziz.

KemangkatanSunting

Tengku Abdul Aziz telah mangkat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada jam 2.37 pagi, 20 September 2020. Jenazahnya telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan.[3]

RujukanSunting