Buka menu utama

Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah

Tengku Arif Temenggong Pahang

Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (diputerakan pada (1994-02-10)10 Februari 1994 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan anakanda keenam baginda bongsu dan putera tunggal kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom binti Abdullah. Baginda ialah kerabat bergelar Pahang dengan gelaran Tengku Arif Temenggong Pahang.[1]

Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah
Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang
Tengku Fahd Muadzam Shah.jpg
Keputeraan (1994-02-10) 10 Februari 1994 (umur 25)
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
Nama penuh
Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah
KerabatIstana Abu Bakar, Pekan, Pahang
AyahandaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
BondaSultanah Hajah Kalsom
AgamaIslam

KeputeraanSunting

Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah telah diputerakan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang seberat 3.5kg pada jam 9:30 pagi tanggal 10 Febuari 1994 dan merupakan putera tunggal kepada Sultan Haji Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom.

Pendidikan awalSunting

Tengku Abdul Fahd mendapat pendidikan di Garden International School, Kuantan, Pahang. Baginda seterusnya menyambung pelajaran di Eton College, United Kingdom. Baginda melanjutkan pengajian di Universiti Princeton, Amerika Syarikat.[2]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambangSunting

Gelaran hormat bagi
Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Terasul dan gelaranSunting

  • 10 Febuari 1994 – 25 Oktober 2002 : Yang Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah.
  • 25 Oktober 2002 - 22 Mei 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Arif Temenggong Pahang.
  • 22 Mei 2019 – kini : Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Arif Temenggong Pahang.

Penganugerahan Kurniaan DarjahSunting

Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah telah dianugerahkan.

  •   Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K II), 24 Oktober 2008

Nama penuh Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah berserta gelaran rasmi ialah.

Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Tengku Arif Temenggong Pahang Darul Makmur, D.K

  • Fellowship Diraja Pertubuhan Perubatan Sukan dan Senaman Dunia[3]

KeturunanSunting

RujukanSunting

  1. ^ Kerabat Bergelar
  2. ^ "Tuanku terima kejutan istimewa". 15 November 2015. Dicapai 28 Mei 2018. 
  3. ^ "Sultan Ahmad Shah terima dua anugerah". Utusan Online. 20 November 2017. Dicapai 28 Mei 2018. 
  4. ^ Salasilah Pahang 10

Pautan luarSunting

Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Darul Makmar Tengku Abdul Fahd Mu'adzam Shah Ibni Sultan Ahmad Shah
Tarikh keputeraan: 10 Februari 1994
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Tengku Ahmad Firman Shah
Pewaris Tahkta Negeri Pahang
Kedudukan kelapan
25 Oktober 2002- Kini
Diikuti oleh:
Tengku Datuk Ahmad Faisshal