Tengku Abdul Halim ibni Sultan Ibrahim

Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ibrahim (diputerakan pada (1943-09-13)13 September 1943 di Kota Bharu, Kelantan) ialah Tengku Laksamana Kelantan. Beliau merupakan nenda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Tengku Abdul Halim
Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan
Tengku Laksamana Kelantan
Didahului olehTengku Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Ibrahim
KeputeraanTengku Abdul Halim bin Tengku Ibrahim
(1943-09-13) 13 September 1943 (umur 80)
Kota Bharu, Kelantan, Malaya British (kini Malaysia)
PasanganYAM Dato' Seri Diraja Sharifah Azwan binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Anakanda
  • YM Tengku Ariez Hazaril
  • YM Tengku Adyl Hazraque
  • YM Tengku Aressa Helanie
Nama penuh
Tengku Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Ibrahim
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaSultan Ibrahim
BondaCik Safiah
AgamaIslam Sunni

Kehidupan peribadi sunting

Tengku Abdul Halim telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 13 September 1943. Beliau merupakan anakanda kepada Sultan Kelantan ke-26, Sultan Ibrahim dan Cik Safiah. Beliau mendapat pendidikan awal di Victoria Institution, Kuala Lumpur.[1]

Pada 15 Mei 1970, Tengku Abdul Halim telah berkahwin dengan Yang Amat Mulia Tengku Puan Laksamana Kelantan, Dato' Seri Diraja Sharifah Azwan iaitu anakanda kepada Raja Perlis ke-6, Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah. Beliau dan Tengku Puan Laksamana dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri.

Pelantikan sunting

Tengku Abdul Halim telah dilantik sebagai Tengku Laksamana Kelantan bagi menggantikan kekandanya, Tengku Iskandar Shah yang mangkat.

Tengku Abdul Halim telah dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah pada 26 Mac 2010.[2]

Terasul, gelaran dan kurniaan sunting

Gelaran hormat bagi
Tengku Abdul Halim
Gaya panggilan Yang Berhormat Mulia
Gaya pertuturan Yang Berhormat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Terasul dan gelaran sunting

  • 13 September 1943 – 20 Jun 1944: Yang Mulia Tengku Abdul Halim bin Tengku Ibrahim
  • 20 Jun 1944 – 9 Julai 1960: Yang Amat Mulia Tengku Abdul Halim ibni Sultan Ibrahim
  • 9 Julai 1960 – tarikh tidak diketahui: Yang Amat Mulia Tengku Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Ibrahim
  • tarikh tidak diketahui – kini: Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Tengku Laksamana Kelantan
  • Jawi: يڠ برحرمت مليا تڠكو عبدالحاليم ابن المرحوم سلطان إبراهيم، تڠكو لقسامان كلنتن

Penganugerahan Kurniaan Darjah sunting

Tengku Abdul Halim telah dianugerahkan:

Kurniaan Kelantan sunting

  •   Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK)
  •   Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) mambawa gelaran Dato'
  •   Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (DPMK, 1974) mambawa gelaran Dato'[3]

Kurniaan Perlis sunting

  •   Darjah Dato’ Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ, 1998) membawa gelaran Dato'[4]

Isterinya, Sharifah Azwan telah dianugerahkan:

Kurniaan Perlis sunting

  • Darjah Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (SSPJ, 1996) membawa gelaran Dato' Seri Diraja

Keturunan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Butiran Tengku Abdul Halim
  2. ^ http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/03/26/tengku-abdul-halim-dilantik-ydp-mpn-kelantan-yang-baru/
  3. ^ Awards For Eight. Kelantan Sultan Honours 123. New Straits Times. 9 July 1974.
  4. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-04-14.
  5. ^ Salasilah Kelantan 8
Tengku Abdul Halim ibni Sultan Ibrahim
Kerabat diraja Kelantan
Tarikh keputeraan: 13 September 1943
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tengku Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Tengku Laksamana Kelantan Pemegang jawatan kini