Tengku Abd Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah

Tengku Muda Pahang
(Dilencongkan daripada Tengku Abdul Rahman)

Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah (diputerakan pada (1960-08-23)23 Ogos 1960 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang) merupakan anakanda kelima dan putera kedua kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan.

Tengku Abd Rahman
Yang Amat Mulia Tengku Muda
Tengku Muda
PemerintahanOgos 1974 - 2024 kini
Keputeraan (1960-08-23) 23 Ogos 1960 (umur 64)
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Malaya
Pasangan1) YABhg. Che Puan Muda Che Puan Julita Aisyah binti Abdul Latiff (k. 2002)
2) YBhg. Che Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip (k. 2012)
Anakanda
  • Tengku Ameera Asya
  • Tengku Eddie Akasyah
  • Tengku Ahmad Firhan Shah
  • Tengku Armaan Alam Shah
Nama penuh
Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
KerabatIstana Abu Bakar, Pekan, Pahang
AyahandaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
BondaTengku Ampuan Hajah Afzan
AgamaIslam

Kehidupan awal

sunting

Tengku Abd Rahman merupakan paduka anakanda kelima daripada tujuh adik-beradik kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan. Beliau juga adalah adinda kepada Sultan Pahang ke-6, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Beliau melanjutkan pengajian di Harrow College Middlesex, United Kingdom dan telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Jumaah Pemangku Sultan Pahang

sunting

Tengku Abd Rahman telah dilantik sebagai Pengerusi Jumaah Pemangku Sultan Pahang pada 15 Februari 2019 hingga 15 Disember 2019.

Pelantikan beliau diadakan mengikut Fasal 1 (a) Perkara 18 (Bahagian Pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri iaitu jika sekiranya Raja Pemerintah dipilih memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka Raja Pemerintah boleh melantik Pemangku Raja atau Jumaah Pemangku Raja bagi menunaikan tugas-tugas diraja sehingga sampai masanya baginda berhenti menjalankan tugas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sementara adinda beliau, Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah pula dilantik menjadi Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang juga bagi tempoh yang sama.

Lima lagi yang Ahli Jumaah Pemangku Sultan yang dilantik, menjalankan tugas secara bergilir-gilir mengikut tempoh yang telah ditetapkan.[1]

Jumaah Pemangku Sultan Pahang
Nama Gelaran Catatan Tempoh
Tengku Abd Rahman ibni Sultan Ahmad Shah Tengku Muda Pahang Pengerusi 15 Februari 2019 - 15 Disember 2019
Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Sultan Ahmad Shah Tengku Arif Temenggong Ahli 15 Februari 2019 - 15 Disember 2019
Tengku Meriam binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Ahli 15 Februari 2019 - 15 April 2019
Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Seri Teja Ahli 16 April 2019 - 16 Jun 2019
Tengku Aishah binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Seri Kemala Ahli 17 Jun 2019 - 17 Ogos 2019
Tengku Nong Fatimah binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Seri Lela Manja Ahli 18 Ogos 2019 - 18 Oktober 2019
Tengku Shahariah binti Sultan Ahmad Shah Tengku Puteri Bongsu Ahli 18 Oktober 2019 - 15 Disember 2019

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

sunting
Gelaran hormat bagi
Tengku Abd Rahman
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tengku
Gaya pilihan Tengku Muda

Terasul dan gelaran

sunting
  • 23 Ogos 1960 – 8 Mei 1974 : Yang Mulia Tengku Abd Rahman ibni Tengku Ahmad Shah
  • 8 Mei 1974 – 24 Oktober 1986 : Yang Amat Mulia Tengku Abd Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 24 Oktober 1986 - 15 Februari 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 15 Februari 2019 – 22 Mei 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang
  • 22 Mei 2019 — 15 Disember 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang
  • 15 Disember 2019 – kini : Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Kurniaan Darjah Kebesaran

sunting

YAM Tengku Abd Rahman telah dikurniakan.

  •   Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K II)
  •   Darjah Sri Sultan Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri (S.S.A.P)
  •   Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' Indera (S.I.M.P.)

Nama penuh Tengku Abd Rahman berserta gelaran rasmi ialah.

Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, D.K. (II), S.S.A.P., S.I.M.P.

Keturunan

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abd Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah
Tarikh keputeraan: 23 Ogos 1960
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Pewaris Tahkta Negeri Pahang
Kedudukan ketujuh
24 Oktober 1986-Kini
Diikuti oleh:
Tengku Fahd Mua’adzam