Tengku Ampuan Rahimah

Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah merupakan bekas Tengku Ampuan Selangor dan isteri ketiga kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Tengku Ampuan Rahimah
Tengku Ampuan Selangor
Tempoh28 Jun 1961 - 27 Jun 1992
Didahului olehTengku Ampuan Jemaah
Diikuti olehTengku Permaisuri Siti Aishah (sebagai Tengku Permaisuri)
Keputeraan4 Ogos 1928
Kota Dalam, Kesultanan Langkat, Sumatera Timur, Hindia Timur Belanda
(kini Republik Indonesia)
Kemangkatan27 Jun 1992(1992-06-27) (umur 62)
PemakamanMakam Diraja Klang
PasanganSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
AnakandaTengku Puteri Nor Marina
Tengku Puteri Nor Zehan
Nama penuh
Tengku Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah
KerabatLangkat (daripada keputeraan)
Selangor (daripada perkahwinan)
AyahandaSultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Musa al-Khalid al-Mu'azzam Shah
BondaTengku Putri Zahra binti al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah
AgamaIslam (Ahli Sunah Waljamaah)

Biografi sunting

Baginda telah diputerakan pada 4 Ogos 1928 di Kesultanan Langkat, Hindia Timur Belanda. Ayahanda baginda adalah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah ibni Almarhum Sultan Haji Musa al-Khalid al-Mu'azzam Shah, Sultan Langkat. Bonda baginda pula merupakan seorang puteri Selangor iaitu Duli Yang Maha Mulia Almarhumah Tengku Permaisuri Zahra binti Almarhum Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah, Tengku Permaisuri Langkat.

Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Abdul Aziz Shah pada 11 Mac 1956 di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Pada 13 Mei 1958, baginda telah dilantik sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Selangor, yakni gelaran bagi isteri Raja Muda Selangor yang berketurunan diraja.

Setelah kemangkatan ayahanda mertuanya pada 1 September 1960, suami baginda telah menaiki takhta negeri sebagai Sultan Selangor kelapan. Pada 28 Jun 1961, baginda telah ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Selangor dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor Tengku Ampuan Hajah Rahimah. Istiadat pertabalan berlangsung di Istana Alam Shah.

Pada jam 6 pagi 23 Jun 1992, baginda telah ditemui mangkat dalam tidur. Baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Klang.

Anakanda sunting

  • Tengku Puteri Nor Marina (diputerikan pada 15 Oktober 1957).
  • Tengku Puteri Nor Zehan (diputerikan 18 November 1958).

Legasi sunting

Nama baginda telah diabadikan sebagai nama di beberapa bangunan

Darjah Kehormatan sunting

Kehormatan Selangor sunting

Darjah Kehormatan Persekutuan dan Negeri sunting

  •   Kelantan :
    •   Panglima Besar Kesatria Darjah Mahkota Kelantan atau "Bintang Muhammad" (SPMK)