Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Dato' Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (lahir 20 Disember 1976) ialah Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu. Beliau merupakan adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu
KeputeraanTengku Baharuddin ibni Tengku Mahmud
(1976-12-20) 20 Disember 1976 (umur 45)
Terengganu, Malaysia
PasanganNoor Intan Zurina binti Noor Mohamed (k. ; c. )
YBhg. To' Puan Seri Nabilah Khan binti Mahmud Khan (k. 2016)
AnakandaYM Tengku Muhammad Ashman
YM Tengku Muhammad Ariesh
YM Tengku Muhammad Ozaer
YM Tengku Muhammad Adreez
YM Tengku Muhammad Mahmud Akbar Nasreddine Haqqani
Nama penuh
Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sutan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
AyahandaSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
BondaCik Khadijah
AgamaSunni Islam

Kehidupan awal dan pendidikanSunting

Tengku Baharuddin diputerakan pada 20 Disember 1976 di Terengganu. Beliau merupakan anakanda Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu bersama Cik Khadijah.

Tengku Baharuddin memiliki sijil dalam Pengurusan Hotel dari Singapore Hotel and Tourism Education Centre (SHATEC) pada tahun 1994 sebelum melanjutkan pengajiannya untuk sarjana muda dalam bidang Tourism Business & Finance (Marketing) di University of De Montfort, United Kingdom pada tahun 1996.[1]

KerjayaSunting

Tengku Baharuddin adalah Pengarah beberapa Anak Syarikat Kumpulan dan juga menganggotai Lembaga Pengarah Syarikat Swasta. Beliau adalah bekas pengarah Haison Resource Bhd dari 2008 hingga 2016.[2]

Penganugerahan Kurniaan DarjahSunting

Tengku Baharuddin telah dikurniakan:

RujukanSunting

  1. ^ Terengganu Silica
  2. ^ Straits Inter Logistics
  3. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".