Tengku Ampuan Afzan

Tengku Ampuan Pahang
Raja Permaisuri Agong
Tengku Ampuan Hajah Afzan binti Tengku Muhammad
Raja Permaisuri Agong ke- 7
Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Negeri Pahang
Kelahiran (1932-12-04)4 Disember 1932
Kuala Terengganu, Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 29 Jun 1988(1988-06-29) (umur 55)
Istana Pahang, Kuala Lumpur
Mula jawatan 26 April 1979
Tamat jawatan 25 April 1984
Penyandang terdahulu Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra
Penyandang kemudian Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad

Tengku Ampuan Hajah Afzan Rahimahallah binti Tengku Muhammad diputerakan pada 4 Disember 1932 di Kuala Terengganu merupakan Tengku Ampuan Pahang dan Raja Permaisuri Agong ke-7. Baginda ialah anakanda keempat kepada Tengku Muda Pahang, Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah dan Tengku Puan Muda Pahang, Tengku Hajah Aishah Mandak binti Tengku Mustafa dan cucunda al-Marhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Perempuan Melayu Pekan dan menerima kelas bimbingan khas dalam bahasa Inggeris.

Pada 22 April 1954, ketika berusia 22 tahun, baginda diijabkabulkan dengan Tengku Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar, Tengku Mahkota Pahang dan bergelar Tengku Puan Pahang.

Baginda dikurniakan tujuh anakanda, dua putera dan lima puteri iaitu YAM Tengku Mariam Tengku Puteri Lela Wangsa, YAM Tengku Muhaini, YAM Tengku Aishah, KDYTM Tengku Abdullah Kini Sultan Pahang dan Yang Di-Pertuan Agong, YAM Tengku Abdul Rahman Tengku Muda Pahang, YAM Tengku Hajah Nong Fatimah dan YAM Tengku Hajah Shahariah.

Pada tahun 1974, apabila Sultan Ahmad Shah naik takhta negeri Pahang sebagai KDYMM Sultan Pahang, baginda telah ditabalkan sebagai KDYMM Tengku Ampuan Pahang. Baginda juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong antara tahun 1979 hingga 1984.

Pada 29 Jun 1988, baginda mangkat di Istana Pahang Kuala Lumpur pada hari Rabu pukul 8:42 pagi diusia 55 tahun akibat kanser.

Baginda mangkat seminggu selepas kemangkatan bonda mentua baginda iaitu Almarhumah Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah dan seminggu selepas itu, bonda kandung baginda pula mangkat Tengku Hajah Aishah Mandak binti Tengku Mustafa.

Jenazah baginda telah dimakamkan di makam diraja Pekan.