Buka menu utama

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Tengku Mahkota Pahang & Pemangku Raja Pahang
(Dilencongkan dari Tengku Hassanal Shah)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (diputerakan pada (1995-09-17)17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan Pemangku Raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar.[1]

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Darul Makmur
Pemangku Raja Pahang
Pemerintahan31 Januari 2019 - kini
Pemasyhuran29 Januari 2019
Didahului olehTengku Abdullah
Tengku Mahkota Pahang
Pemerintahan29 Januari 2019 - kini
Pemasyhuran29 Januari 2019
Didahului olehTengku Abdullah
Tengku Panglima Besar Pahang
Pemerintahan18 Jun 2018 - 29 Januari 2019
Pemasyhuran18 Jun 2018
Didahului olehTengku Ibrahim
KeputeraanTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Abdullah
(1995-09-17)17 September 1995 (Umur 24 tahun dan 1 bulan
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, Malaysia
Nama penuh
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
KerabatPahang Darul Makmur
AyahandaAl-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah
BondaTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
AgamaIslam
Instagram Profile

PendidikanSunting

Tengku Hassanal Shah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.

Pada Mei 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.[2] Baginda kini sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

KeputeraanSunting

Tengku Hassanal Shah diputerakan dalam sebuah kerabat bangsawan yang merupakan kerabat diraja Pahang (ayahanda) dan Johor (bonda). Baginda merupakan cucunda kepada Sultan Pahang Moden ke-5, Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Afzan. Dari sebelah bondanya pula baginda merupakan cucunda kepada Sultan Johor Moden ke-4, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom.

Tengku Hassanal juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kehidupan dirajaSunting

Tengku Hassanal mempunyai dua orang adinda lelaki dan dua orang adinda perempuan. Adinda lelaki ialah Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah dan Tengku Ahmad Ismail Muad'zam Shah. Adinda perempuan pula ialah Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Tengku Hassanal juga merupakan sepupu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pewarisan takhtaSunting

Tengku Hassanal merupakan pewaris takhta kesultanan Pahang Darul Makmur.

Tengku Hassanal telah diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang berkuat kuasa pada 18 Jun 2018.[3]

Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.[4]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambangSunting

Gelaran hormat bagi
Tengku Hassanal Ibrahim Alam shah
 
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaranSunting

  • 17 September 1995 – 28 Disember 2016: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Abdullah
  • 28 Disember 2016 – 18 Jun 2018: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Pemangku Raja Tengku Mahkota Abdullah
  • 18 Jun 2018 – 15 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Pemangku Raja Tengku Mahkota Abdullah, Tengku Panglima Besar Pahang
  • 15 Januari 2019 – 29 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Besar Pahang
  • 29 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang
  • 31 Januari 2019 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Pahang

Kurniaan PahangSunting

  •   Pahang :
    •   Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas I (DKI, 29.1.2019)
    •   Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, membawa gelaran Dato' Sri (SSAP, 24.10.2016)
    •   Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' Indera (SIMP)

KeturunanSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting

Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Abdullah
Tarikh keputeraan: 17 September 1995
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Sultan Abdullah Shah
Pewaris Tahkta Negeri Pahang
Kedudukan Pertama
31 Januari 2019 - Kini
Pemegang jawatan kini