Tengku Iesta Tengku Alaudin

Penerbit filem Malaysia

Tengku Iestarabie Putra bin Tengku Alaudin merupakan seorang penerbit filem Malaysia dan Pengurus Besar syarikat penerbitan terkemuka Malaysia, Grand Brilliance.[1] Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid.[2] Beliau mempunyai adik-beradik seramai lima orang dan beliau merupakan anak sulung, dua daripada lima adik beliau, Tengku Iedilzuhrie dan Tengku Iezahdiyana kini bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Tengku Iesta Tengku Alaudin
Tunku Iesta Menang Anugerah Filem Terbaik FFM 26.jpg
Tengku Iesta mengangkat trofi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26
Kelahiran
Tengku Iestarabie Putra bin Tengku Alaudin

PekerjaanPenerbit filem, penerbit eksekutif, Pengurus besar Grand Brilliance[1]
Ibu bapaTengku Alaudin Tengku Abdul Majid (bapa)
Shamsiah Mohamad (ibu)
Saudara5 adik-beradik (termasuk Iedil Putra dan Tengku Iezahdiyana)

Kehidupan peribadiSunting

Tengku Iesta membesar di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (1946–2016). Bapa beliau meninggal dunia pada 17 Februari 2016 akibat kanser tiroid pada usia 70 tahun.[2] Tengku Iesta mempunyai dua adiknya yang terlibat dalam bidang lakonan—iaitu Tengku Iedilzuhrie dan Tengku Iezahdiyana. Dua lagi adik beliau ialah Tengku Ieras dan Tengku Iefiz.

FilemografiSunting

PenerbitSunting

Penerbit eksekutifSunting

Penerbit bersekutuSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting