Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin

Tengku Iezahdiyana Nurhanie binti Tengku Alaudin (Jawi: تڠکو ايزهديان نورهاني تڠکو علاء الدين; lahir 14 November 1992) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali setelah memainkan peranan untuk teater Ibu Zain the Musical.[1] Selain itu, beliau memegang watak sebagai Luna dalam untuk siri televisyen Waktu Rehat[2] dan sebagai Hani untuk siri Oh My English! pada musim kedua.

Tengku Iezahdiyana
Kelahiran
Tengku Iezahdiyana Nurhanie binti Tengku Alaudin

(1992-11-14) 14 November 1992 (umur 31)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini
Terkenal keranaMemegang watak untuk teater Ibu Zain the Musical
Saudara

Beliau merupakan adik kepada bekas pelakon suara siri animasi Kampung Boy, Tengku Iedilzuhrie Tengku Alaudin dan pengarah urusan Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin.

Filemografi sunting

Peranan dalam siri televisyen
Tahun Tajuk Watak
2010 Waktu Rehat Luna
2013 Oh My English (musim kedua) Hani
2013 Sahabat Alia
2020 Kampung People 2 Pekerja kedai
Peranan dalam telefilem
Tahun Tajuk Watak
2013 Calon Menantu Kamiliya
Peranan dalam filem
Tahun Tajuk Watak
2014 Mamak Cupcake Veronica
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Hanis

Rujukan sunting

  1. ^ Siti Azira Abdul Aziz (4 Februari 2009). "Muzikal Ibu Zain 2: Catriona anggap tiada rezeki, Nur Fatimah seronok". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-24. Dicapai pada 7 Jun 2012.
  2. ^ Rizal Johan (29 Ogos 2010). "Corridors of laughter". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-06. Dicapai pada 7 Jun 2012.

Pautan luar sunting