Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz

Tengku Temenggong Kelantan

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (diputerakan pada (1961-07-18)18 Julai 1961 di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan) ialah Tengku Temenggong Kelantan. Beliau merupakan saudara sepupu kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan
Tengku Mohamad Rizam.jpg
Tengku Temenggong Kelantan
Tempoh25 November 2013 – kini
Didahului olehTengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan
Tempoh6 September 2014 – kini
Didahului olehDato' Kapt. Khairi bin Mohamad
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Tempoh19 Mac 2019 – kini
Didahului olehTengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
KeputeraanTengku Mohamad Rizam
(1961-07-18) 18 Julai 1961 (umur 60)
Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganYang Teramat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Anakanda
  • YM Tengku Nur Qistina Petri
  • YM Tengku Abdul Rahman Petra
  • YM Tengku Yahya Aziz Petra
Nama penuh
Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaTengku Abdul Aziz bin Almarhum Tengku Mohd Hamzah
BondaTengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra
AgamaIslam Sunni

Beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN) dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Beliau juga merupakan Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan telah diisytiharkan pada 13 Oktober 2018.

Kehidupan awal dan pendidikanSunting

Tengku Mohamad Rizam diputerakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan pada 18 Julai 1961. Beliau merupakan anakanda sulung daripada empat beradik daripada pasangan Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Bin Almarhum Tengku Muhammad Hamzah dan Tengku Puan Sri Utama Raja Tengku Merjan Binti Almarhum Sultan Yahya Petra. Beliau juga merupakan cucunda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6 iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II binti Almarhum Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra.[1]

Tengku Mohamad Rizam memulakan pendidikan pertama di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (I), Batu 2, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan. Kemudian meneruskan persekolahan sehingga Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Pada usia 15 tahun, beliau kemudiannya berpindah ke St.John's Institution di Kuala Lumpur kerana mengikuti nenda beliau iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang ketika itu dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-6. Setelah menduduki peperiksaan Malaysia Certificate Education (MCE) di St.John Institution di Kuala Lumpur, beliau menduduki A Level selama 2 tahun di Cheltenham College, England. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke Ohio University, Athens, Ohio, USA dan mendapat Bachelor of Business Administration (Hons) Major in Marketing pada tahun 1984. Beliau juga menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kemudian mendapat Master of Business Administration (MBA) daripada United States International University, San Diego, California USA pada tahun 1985.[2]

KerjayaSunting

Tengku Mohamad Rizam memulakan kerjaya pada tahun 1986 dalam bidang perbankan dan kemudiannya bersara pada tahun 2014 semasa beliau bertugas di RHB Islamic Bank sebagai Ketua Perbankan Teknologi dan Naib Presiden Kanan RHB Islamic Bank.[3][4]

Tengku Mohamad Rizam telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN) pada 6 September 2014 dan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 19 Mac 2019. Beliau juga merupakan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah mulai dari 2 Ogos 2012 hingga 1 Ogos 2021 dan berpangkat Brigadier General.

Sejarah lantikanSunting

Pada tahun 1999, Sultan Kelantan Almarhum Sultan Ismail Petra telah berkenan melantik Tengku Mohamad Rizam sebagai Tengku Sri Jaya Raja Kelantan dan memegang gelaran selama sebelas tahun. Pada tahun 2010, Pemangku Raja Kelantan ketika itu Tengku Muhammad Faris Petra berkenan menaikkan gelaran Tengku Mohamad Rizam sebagai Tengku Panglima Raja Kelantan dan memegang gelaran selama tiga tahun. Pada tanggal 25 November 2013, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah berkenan untuk menaikkan gelaran dan melantik Tengku Mohamad Rizam sebagai Tengku Temenggong Kelantan. Beliau juga merupakan seorang ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN).

Kehidupan peribadiSunting

Pada 18 Julai 1991, Tengku Mohamad Rizam telah berkahwin dengan Tunku Noor Hayati iaitu anakanda kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Mereka dikurniakan dengan 2 orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Nur Qistina Petri, Tengku Abdul Rahman Petra dan Tengku Yahya Aziz Petra.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambangSunting

Gelaran hormat bagi
Tengku Mohamad Rizam
Gaya panggilan Yang Berhormat Mulia
Gaya pertuturan Yang Berhormat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Terasul dan gelaranSunting

  • 18 Julai 1961 – 30 Mac 1999: Yang Mulia Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
  • 30 Mac 1999 – 2 Jun 2010: Yang Berhormat Mulia Tengku Sri Jaya Raja Kelantan Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
  • 2 Jun 2010 - 25 November 2013: Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz[5]
  • 25 November 2013 – 9 September 2017: Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
  • 9 September 2017 - kini: Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz

Penganugerahan Kurniaan DarjahSunting

Tengku Mohamad Rizam telah dianugerahkan:

Kurniaan KelantanSunting

  •   Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Bintang Al-Yunusi) (DK, 2017)
  •   Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) (SPMK, 2010) membawa gelaran Dato'
  •   Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) (SJMK, 1999) membawa gelaran Dato'

Kurniaan Persekutuan MalaysiaSunting

Isterinya, Tunku Noor Hayati telah dianugerahkan:

Kurniaan KelantanSunting

  •   Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) (DJMK, 2012) membawa gelaran Dato'

KeturunanSunting

RujukanSunting

  1. ^ Butiran Tengku Mohamad Rizam
  2. ^ Profil Yang Berhormat Mulia Tengku Yang DiPertua Maik
  3. ^ http://www.kelantan.gov.my/index.php/ms/buletin-bil-3-2014/book/4/1?page=16/</
  4. ^ http://spn.kelantan.gov.my/index.php/ms/pusat-media-2/galeri-video/
  5. ^ "Tengku Mohamad Rizam bergelar Tengku Panglima Raja". Utusan Online. 3 Jun 2010. Dicapai pada 24 Mei 2018.
  6. ^ Terima gelaran Tan Sri
  7. ^ Salasilah Kelantan 7
Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
Kerabat diraja Kelantan
Tarikh keputeraan: 18 Julai 1961
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Temenggong Kelantan
2013
Pemegang jawatan kini